Banyak makanan di Malaysia mengandungi santan. Tanpa bahan mentah itu, rasa makanan tersebut tidak menjadi.
Oleh kerana harga santan yang meningkat pada hari ini, ada peniaga membuat keputusan untuk berhenti menjual makanan yang diperbuat daripada bahan mentah tersebut.
Memetik Berita Harian, ada peniaga dalam daerah Gua Musang terpaksa menghentikan jualan laksam dan laksa lemak. Ini kerana harga santan sudah mencecah RM20.
Menurut peniaga, Miswati Yah, 40, berkata dia terpaksa membeli kelapa dan memproses santan sendiri apabila bekalan santan sukar didapatkan sejak awal Syawal lalu.
“Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya.
“Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga,” katanya.
Memetik laporan itu lagi, peniaga gerai makanan, Zalina Abdul Rahman, 43 menyatakan disebabkan isu santan, ramai pembuat kuih sudah mengurangkan kuantiti makanan. Pada masa sama ada daripada mereka tidak meletakkan makanan berasaskan santan di gerainya lagi.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
kelapa matak kelapa pandan yg rendang2 kita tanam belakang rumah pun aritu. tgh basuh pinggan ada kepala toyol pi kait..
tkde pulak buah kelapa tu jatun atas kepala dia
Post time 22-4-2025 07:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Firenzza replied at 22-4-2025 06:30 AM
Dulu santan kara 5 kotak RM13, skrg RM18
Sebab jarang beli, xpernah ambik tau sgt beza regenya
Tp skrg kalau santan fresh pun dah susah dpt, nak kena beli gak la even mahal pun sebab skali skala ada la jg masak menu bersantan ni,
oh.. ada ye masuk supermarket..
i selalu beli santan ayam je..
kara i cannot..
macam ada bau..
brand lain tak pernah try..
masa belajar dulu ada la kakak rumah pakai santan serbuk..
tapi i tak pandai guna..
nanti dia jadi macam ketul-ketul or bintik-bintik..
tak tau nak explain..