CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 1

[Tempatan] Ketua balai polis kantoi ambil 'jus' dadah di pusat hiburan

[Copy link]
Post time 20-4-2025 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 20-4-2025 06:42 PM



Ampang Jaya: Seorang ketua balai polis kantoi mengambil dadah ketika berhibur di pusat hiburan di Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu, selepas ujian air kencing mengesahkan kehadiran empat jenis bahan terlarang dalam tubuhnya.


Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ketika berhibur dan dipercayai mengambil jus disyaki mengandungi dadah di pusat hiburan itu, jam 5.05 petang.


Penahanan pegawai polis itu dalam pemeriksaan mengejut itu dilakukan selepas JSJN Bukit Aman menerima aduan dan maklumat.


Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan benzo.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.


"Kes ini disiasat Polis Kontinjen Selangor dan ketua balai polis terbabit direman dua hari bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 02:55 AM | Show all posts
Terus buang krja tau x yah nk transfer tmpt lain or turun pangkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.275549 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list