CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 3

[Tempatan] Remaja didakwa rogol budak 10 tahun dalam tandas

[Copy link]
Post time 20-4-2025 12:55 PM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam tandas di sebuah kampung di sini pada November tahun lalu.


Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika kejadian bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.


Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun 10 bulan ketika kejadian di sebuah tandas jam 1.30 tengah hari pada 21 November tahun lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga 30 tahun serta sebat.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Khairul Azwan Azhan.


Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes berkenaan serius dan mangsa baru berusia 10 tahun.


Muhamamd Khairul Azwan bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan memandangkan tahanan reman tidak sesuai untuk anak guamnya yang masih remaja.


Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM8,000 dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa. Mahkamah turut menetapkan 21 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes. - BH Online



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 04:02 PM | Show all posts
Tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa tapi kalau mangsa yang ajak keluar OK ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan lg ke.. Ayoo
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 02:52 AM | Show all posts
Keciknya lagi 10 tahun tu. Anak aku umur mcm tu perangai msh mcm tadika.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039776 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list