CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1085|Reply: 5

[Tempatan] Pegawai polis berpangkat ASP didakwa peras ugut wanita RM10,000

[Copy link]
Post time 14-4-2025 03:02 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada tahun lepas.

Zuhairi Zubir, 49, yang berpangkat Asisten Superintendan itu didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan mengugut untuk mengambil tindakan berkaitan kesalahan jenayah bagi tujuan mendapatkan wang RM10,000 di Pejabat Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Cheras pada 1 Oktober 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor M Alli Nangai mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon satu tarikh ditetapkan bagi serahan dokumen.

Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad, yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya seorang penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun serta tidak berisiko melarikan diri daripada prosiding mahkamah.

"Tertuduh seorang penjawat awam yang masih bertugas dan tidak ada kemungkinan beliau tidak hadir ke mahkamah. Beliau tidak pernah ada rekod disiplin sebelum ini. Saya rasa ia adil untuk kita tawar RM2,000 (wang jaminan)," kata peguam.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2025 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngokk nya pegawai,
Tak psl2 kena buang keje dn tak dpt pencen
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 05:12 PM | Show all posts
ASP ni bukan kira tngi juga ke pangkat dlm balai?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
malunya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2025 05:55 PM | Show all posts
Edited by miss_white at 14-4-2025 10:56 AM

Asp  mmg byk buat hal.selain kes ni ada je ASP yg suka menggatal dlm office sesama staff .cuma tak kantoi je.
Yg polis ppuan pun nmpk je mcm kolot2.tp social ye Siap ada yg merokok.Dari inspektor naik Asp je pun.puiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati hitam ku berkata ini kerja tetap beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042110 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list