CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 10

[Tempatan] "Saya Fikir, Saya Sudah Tiada" - Tun M hadir buka kapsul masa

[Copy link]
Post time 13-4-2025 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 13-4-2025 01:02 PM



KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke Menara Kuala Lumpur untuk membuka kapsul masa yang ditanam hampir tiga dekad lalu dengan tangan kanannya berbalut.


Orang ramai tertanya-tanya apakah yang menyebabkan tangan kanan negarawan itu tercedera.

Bagaimanapun, Tun M seakan tidak menghiaraukan keadaan tangannya itu dengan menjawab dengan jelas dan spontan setiap soalan yang ditanya para wartawan.


“Saya bukan orang yang layak untuk melakukan apa yang dibuat pada pagi ini,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.


Sementara itu, Tun M meluahkan rasa sebak ketika mengeluarkan kandungan yang berada di dalam kapsul masa yang ditanam 28 tahun lalu.


Katanya, beliau tidak menyangka berpeluang membuka semula kapsul masa yang ditanam pada usia 100 tahun.


“Tak sangka dapat lihat, saya fikir saya sudah tiada.


“Ketika itu (tanam kapsul) saya sudah berumur lebih 70 tahun, mana nak tahu saya masih ada di waktu ini (hari ini), sebab itu saya rasa sedih dan sebak melihat tulisan saya pesanan saya, dan membacanya,” katanya pada sidang akhbar selepas membuka Kapsul Masa Wawasan 2020 di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I love Tun M
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kandungan kapsul tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok video td, ada sorang lelaki sebelah tun M yg dok angkat kapsul tu...sapa dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai replied at 13-4-2025 01:55 PM
Tengok video td, ada sorang lelaki sebelah tun M yg dok angkat kapsul tu...sapa dia tu..

Yg mana uols Tanya? Yg batik mustard Tu ke?

Tu Shafik ( tak tau ejaan) bin Halim. Influenza PN,  org2 bawah W Saiful W Jan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak puas hati setting tempat tu. Kita yg menengok duk tengok kepala2 reporter pelbagai bentuk & warna tercangak2 dgn kamera masing2.
Patutnya tinggikan lah platform tu.
Pastu LED belakang tu pun kena tinggi juga baru blh capture apa yg keluar satu2. Ini terlindung dgn Tun & semua VIP yg kat atas tu.

So, dua ni buat iols kecewa sebagai penonton. Tak dapat nikmati moment tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana video tu tepek la sni uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 13-4-2025 02:16 PM
Yg mana uols Tanya? Yg batik mustard Tu ke?

Tu Shafik ( tak tau ejaan) bin Halim. Influenza PN,   ...

Just nak tau adakah shafiq yg murtad tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 07:13 PM | Show all posts
Letaklah yang comey² sikit belakang Tun M tu nak masuk frame pun lahai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2025 07:41 PM | Show all posts


KAPSUL masa yang ditanam hampir tiga dekad lalu di Menara Kuala Lumpur buat pertama kali dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.


Kapsul masa Wawasan 2020 yang disimpan sejak 1 Oktober 1996 itu berusia kira-kira 28 tahun menyimpan pelbagai barangan.


Antara barang yang dikeluarkan adalah beberapa keping gambar pembinaan, wang kertas RM2, poster, filem, iklan Menara Kuala Lumpur, cakera padat video (VCD) dan barang lain.


Mahathir juga ditemani isterinya, Dr Hasmah Mohd Ali dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika majlis tersebut.


Menariknya, kapsul tersebut dibuka pada usia Mahathir 100 tahun.


Pada masa sama turut mencuri perhatian apabila melihat Mahathir membuka kapsul dengan keadaan tangan yang berbalut.


Meskipun begitu, majlis itu dilaporkan berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia. — Majoriti



  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Amira Othman Tak Rimas Gosip Cinta
tatodAmira Othman Tak Rimas Gosip Cinta
Views : 1729 Replies : 49
Sambungan Kes Rayuan Syed Saddiq 17hb April (Update Pg. 250 Smile Challenge)
JoyahMengayahSambungan Kes Rayuan Syed Saddiq 17hb Ap
Views : 167076 Replies : 5170
Istiadat Pengebumian Negara: Warganet tegur etika pakaian penyampai radio
tatodIstiadat Pengebumian Negara: Warganet te
Views : 464 Replies : 5
Umur 57, stamina 30-an
tatodUmur 57, stamina 30-an
Views : 0 Replies : 0
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 9904 Replies : 110
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 189029 Replies : 1809
Contohi Pak Lah: Dia tak ada masalah letak jawatan, kata Mahathir
AbahmungContohi Pak Lah: Dia tak ada masalah let
Views : 267 Replies : 5
Angin pasang atau kanser testis?
tatodAngin pasang atau kanser testis?
Views : 0 Replies : 0
New Chapter 03 :  FATTAH AMIN ~ Melangkah Semula, Comeback Berganda
codenamedreamNew Chapter 03 : FATTAH AMIN ~ Melangka
Views : 34918 Replies : 1998
ShuBingaitology: Santai-santai la Shayangku with Acikpors.. (April 2025)
FarnorShuBingaitology: Santai-santai la Shayan
Views : 11917 Replies : 482

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 4.287615 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list