FILEM Blood Brothers: Bara Naga mencetus fenomena luar biasa apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM9.2 juta hanya dalam dua hari tayangan awal dan rasmi bermula 8 April lalu.
Susulan kejayaan itu, filem yang sedang ditayangkan di 170 pawagam itu menjadi antara karya tempatan dengan capaian kutipan paling tinggi bagi tempoh tersebut.
Antara negeri yang mencatat kutipan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.
Pencapaian luar biasa ini bukti gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Blood Brothers: Bara Naga mengisahkan tentang Ariff lakonan Syafiq Kyle, seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk menyertai syarikat kawalan keselamatan elit, Silent Guard, di bawah naungan Datuk Zul (Wan Hanafi Su) iaitu seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merupakan ketua sindiket mafia digeruni dikenali sebagai Naga.
Sejak itu, Ariff mengangkat sumpah setia dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz dan kemudian satu ikatan persaudaraan yang tidak boleh dikhianati.
Namun, apabila berlakunya pengkhianatan besar yang menggoncang empayar Naga, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai dalang di sebalik musibah tersebut.
Dia kini menjadi buruan dan suspek utama dalam konspirasi gelap yang mengancam nyawanya.
Dalam usaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan daripada abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Namun, di sebalik pelariannya, Ghaz pula diberi mandat untuk menjejaki dan menangkap Ariff demi menegakkan keadilan keluarga Naga yang menuntut balas dendam.
Diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini turut menampilkan barisan pelakon termasuk Irfan Zaini, Andy Teh, Ray Dap Dap, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan Zamarul Hisham.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-4-2025 12:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nak kata syafik kyle memilih, rasanya xpernah baca dia memilih watak atau cerita. cuma berharap dia teruskanlah berlakon cerita2 yg ada aksi, yg physco ke, yg skilled.. bkn cerita cinta meleweh, bkn cerita gangster psr mlm lu gua, lu gua.
jadi selektif pun xpe, janji ko berlakon pilem/drama bgs dan lakonan ko bgs..
Dah tgk. Yg berminat dgn filem2 genre aksi, dialu2kan utk p tonton la....klu boleh elakkan bwk budak2 la sbb dialog banyak carutss mcm dlm forum ni tiberrr
Cuma nk komen...lawooooooo AH dlm filem ni...pemilihan yg tepat untuk wtk perempuan dlm filem ni
Byk pelakon2 berpengalaman...tapi bila tgk pkck ZH dgn wtk Abg Sham dlm filem ni...hrpnya Skop Production boleh terus amik depa berlakon projek2 mcm ni...wtk dua2 ni menyerlah wlpun scene xbyk mcm main lead....wasted ja xguna khidmat depa..gituhh
Post time 13-4-2025 07:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
seibei replied at 13-4-2025 12:36 AM
nak kata syafik kyle memilih, rasanya xpernah baca dia memilih watak atau cerita. cuma berharap dia ...
Setuju. I rasa dlm ramai2, he's already way ahead those yg dlm age group dia, suka tgk dia punya career progress, dan dia punya personal life pun tak overshadow karier dia
Post time 13-4-2025 04:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ray yg kje sinar tu pun, i rasa menjadik lakonannya sebagai kepala gangster. ayah mus xyh ckpla..gedebe.. eh, tp dia stat dari apa ya? kenal dia dari high council/kapla