CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Kad pengenalan baharu kini turut dicetak di Miri

[Copy link]
Post time 10-4-2025 08:28 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Pemohon kini boleh mendapatkan MyKad dengan pantas kerana kad pengenalan kebangsaan Malaysia yang baharu kini turut dicetak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di UTC Miri mulai minggu ini dan bukannya hanya di Putrajaya.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man (gambar) berkata, perkhidmatan ini sekali gus membantu menyelesaikan pengeluaran resit rasmi sementara dan isu pencetakan MyKad di seluruh negara.

“Berkuat kuasa 7 April, JPN UTC Miri telah diberi kuasa untuk mencetak MyKad di dalam negeri,” katanya.

Chiew memberitahu demikian ketika menjawab mengenai aduan pemohon bahawa mereka tidak dapat mencetak MyKad baharu mereka di UTC akhir-akhir ini.

Beberapa pengadu berkata, mereka mengetahui MyKad tidak boleh dicetak di UTC Miri kerana masalah bekalan cip sebelum ini.

Tetapi Chiew menjelaskan bahawa bukan hanya di Miri, sebaliknya terdapat gangguan di seluruh negara dalam percetakan MyKad dan masalah ini telah diselesaikan oleh JPN.

"Sebelum ini, UTC Miri mengeluarkan resit rasmi sementara, yang sah untuk digunakan di seluruh negara sementara menunggu penyelesaian isu tersebut dan kini tiada isu mengenai cip itu lagi," katanya kepada The Borneo Pos hari ini.

Percetakan MyKad di sini adalah perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana MyKad dicetak di JPN Putrajaya sebelum ini bukannya di setiap negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043610 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list