CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1698|Reply: 32

[Tempatan] 7 pelajar MRSM terbabit buli ditamatkan pengajian serta-merta

[Copy link]
Post time 8-4-2025 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
bhonline.com.my
April 8, 2025 @ 10:47am



KUALA LUMPUR: Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didapati terbabit buli fizikal termasuk bersubahat dengan perbuatan itu ditamatkan pengajian berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan itu berdasarkan syor dibuat Jawatankuasa Disiplin MRSM.


"Keputusan kes buli MRSM Jawatankuasa Disiplin Maktab: Tujuh pelajar didapati terbabit. Dua (daripadanya) terbabit buli fizikal. Lima subahat.

"Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian daripada MRSM," katanya menerusi Facebooknya hari ini.


Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak setuju untuk diberikan peluang kedua kerana sejak dari awal diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, berulang kali beliau ingatkan dan tegaskan prinsip #YouTouchYouGo.

"Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM.

"Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam buli, tindakan tegas dan keras akan diambil. Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini," katanya.

Sebelum ini tular video yang mengaitkan perbuatan buli membabitkan pelajar MRSM.


Rakaman video berdurasi 1.31 minit tersebar di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada punggung, namun tidak dapat dipastikan ia cuma suatu gurauan atau perbuatan buli.

Berikutan itu, Asyraf Wajdi semalam dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat video tular dikaitkan dengan perbuatan buli membabitkan pelajar di MRSM.

Beliau juga menegaskan tindakan tegas bakal diambil sekiranya kejadian dalam rakaman video berkenaan adalah perbuatan buli yang memang berlaku di IPMA itu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 04:29 PM | Show all posts
Go Dr Asyraf..iols suka leader yg tegas mcm ni
Dgn yg bersubahat pun sama kena

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 04:37 PM | Show all posts
patut kat kad pekenalan depa pun kena label 'kaki buli'.
Biar padan tak leh masuk maktab lain or bila nak cari kerja
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 04:37 PM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 8-4-2025 04:38 PM

Semoga parents terlibat terima keputusan seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 04:41 PM | Show all posts
perakam sekali kena terminate.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 04:41 PM | Show all posts
perakam sekali kena terminate.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu nak kesian untuk pembuli waima kau pandai bakal 20A+ sekalipun..sikap pembuli nie dah sebati dalam diri..bila2 masa akan trigger sikap membuli nie..x masa belajar, masa kerja nanti..xpun bila dah kawen nanti..semoga kaki pembuli nie tak jadi someone yang berpangkat lah..habis staf bawahan kena buli..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 05:07 PM | Show all posts
selayaknya la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan terhad kepada pelajar sahaja ye. Pemimpin kaki buli pun wajar dihukum serupa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 05:36 PM | Show all posts
Sokong sangat2 tindakan tegas sebegini. Moga jadi pengajaran kepada yang lain juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau la suma sekolah boleh buat #yiutouchyiugo to, aman damai sejahtera anak2 murid seluruh tanahair.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 06:06 PM | Show all posts
Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini

Setuju sangat.

Cuma berharap tindakan diambil berdasarkan hasil siasatan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah dibngga sgt anak masuk MRSM. Dan beriya2 nak masukkan MRSM dan asrama penuh. Sama jela budak tetap budak. Konon sekolah harian biasa ni budak2 nakal2. Habsstu baik sgtke yg masuk MRSM tu. Dia kelebihan Allah BG otak KO cerdik ckit je Dr budak lain. Tapi xsmstinya KO pandai benda lain. Budak kelas blkng tu xcerdik akademik je..tapi benda lain Dorang mahir yg mana budak2 MRSM ni xreti pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu, budak-budak tu nak korek-korek lobang jubo siapa pulak lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sekolah mana lah yg nk kena terima bdk2 ni

homeschool je lah
pandai2 belaka kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap jolok jari kat jubo mangse tapi luar seluar.  Anak sape la kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-4-2025 08:48 PM
Siap jolok jari kat jubo mangse tapi luar seluar.  Anak sape la kot.

ada sesi jolok2 jugak ke, celaka betui
iols tgk pic je, video tak tgk

hanatttt cubaan menggayah doh tu kalau dibiarkan mmg merasa laa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni nak apply sek harian reason tukar sek tulis siap2 situ "dibuang sek sbb membuli"
baru la berdas-das kene perli mahapuaka dek kerani sek harian...merasa la plak caner dibuli
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup ke takat kena buang MRSM aje? esok2 sekolah harian pulak kena 'kutip' dorang, dia buat lagi perangai celaka tu dekat sekolah baru
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku bukan takat buang sekolah, aku kasi extra libas dgn getah paip 10 das sorang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.063328 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list