CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 11

[Jenayah] [VIDEO] Bapa Zalim Pukul & Henyak Toddler Di Backseat Kereta ~ (Off Sound Kalau Tak Sanggup Dengar Rintihan Baby)

[Copy link]
Post time 8-4-2025 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by begg at 8-4-2025 01:32 AM



Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan seorang bapa yang didakwa mengajar anak dengan cara yang disifatkan agak kasar oleh kebanyakan orang.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang individu yang menyaksikan dan merakam kejadian tersebut.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook Nazhatul Shima, kelihatan lelaki berkenaan didakwa sedang memukul dan menghenyak anaknya yang dibaringkan pada tempat duduk bahagian belakang.

Kejadian itu turut disaksikan oleh dua orang kanak-kanak lain yang dipercayai anak si pelaku serta isterinya yang duduk pada bahagian tempat duduk hadapan.

  


Tidak tahan melihat tindakan lelaki berkenaan, suami si perakam video terus menegur perbuatan kasar lelaki tersebut.

Namun, jawapannya agak mengejutkan. Jelas lelaki itu, dia bertindak demikian kerana mahu mengajar anaknya yang dikatakan membaling barang pada orang.

“Memang la dia budak abang, dia baling barang pada orang. Tak payah nak record (rakam) video. Kalau tak diajar macam mana, dia baling barang orang,” kata si bapa dalam video tular itu.

Pun begitu, si perakam serta suaminya berpendapat tindakan lelaki itu tidak sesuai dilakukan apatah lagi kepada kanak-kanak yang dianggarkan berusia 2 hingga 3 tahun.

“Betul ke cara ajar anak macam ni? Apa pendapat korang. Anak umur 2 ke 3 tahun. Baling barang orang (mungkin kat kedai), bapa penampar 2 ke 3 kali sebelum masuk kereta.

“Bawa masuk kereta baringkan, henyak-henyak dan hempas baby tu banyak kali. Emak dia tengok je dekat depan. Cara ajar anak katanya.

“Aku pun ada 4 (orang) anak, anak aku pun sebaya baby tu. Budak umur macam itu tahu apa? Biasa la kalau nak barang apa-apa kita tak bagi. Dia baling-baling je.

“Takkan sampai macam tu sekali. Sampai merah padam muka baby tu kena penampar. Kesiannya, itu (baru) dekat luar tu, kalau dekat rumah entah macam mana la dia buat anak dia ya,” tulis individu berkenaan menerusi ruang kapsyen.

Ramai Geram Tindakan Bapa, Mahu Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Video yang telah mendapat lebih 3.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan menegur tindakan bapa terbabit yang dilihat ‘kasar’ dalam mengajar si kecil itu.

Malah, ada juga yang berpendapat si ibu seharusnya bertindak menghalang si suami apatah lagi lelaki itu telah menggunakan kekerasan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by saliv at 8-4-2025 03:31 AM

Patut la masuk channel Munafik Hunter.  Janggut kelihatan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missbigrockstar at 8-4-2025 08:13 AM

Nak komen satu ja, bini pada perakam video, "kami anak 4 orang, kami pun pandai jaga anak"
Bapak yang lempang anak tu, haihs. Anak2 lain pun nampak kekasaran bapa pada adik mereka. Trauma budak2 tu.
Si mak boleh biar ja.
Mmg satu family takut pada si bapak ni di rumah entah mcm mana lah. Hidup dalam ketakutan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mitsubishi Xpander.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 08:56 AM | Show all posts
henyak-henyak
ergh tacod... pasni msti budak tu troma tak buat dh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:12 AM | Show all posts
manehnya replied at 8-4-2025 08:56 AM
ergh tacod... pasni msti budak tu troma tak buat dh

or lebih teruk, jd trauma buat kt org lain plakbuli, pukul orang, manipulate



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2025 09:13 AM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 8-4-2025 09:44 AM
manehnya replied at 8-4-2025 08:56 AM
ergh tacod... pasni msti budak tu troma tak buat dh

double post bnyk plk hari ni gara2 line cam tuttt

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:35 AM | Show all posts
weh agak2 la nak ajar anak pon mcm smpi nak membunuh je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 8-4-2025 08:56 AM
ergh tacod... pasni msti budak tu troma tak buat dh

Bdk2..kalau selalu kene marah dia akan suka menipu wpon benda tu simple je. Tu cara dia nak selamatkan diri. Benda kecil pom dia akan rasa terancam.

Mak pak mcm ni sila la meninggal awal. Hidup bagi trauma kat anak2 lg mulia mati awal x byk dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti bapak dia jd segan kat org yg anak dia baling barang, pastu jd naik syeikh terus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Parenting meltdown.... Bapa budak itu perlu di tegur different approach... Selalu meltdown ini terjadi pada ibu ascociated dengan mental drain/stress...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 11:54 AM | Show all posts
biasa parents gini, dia folo apa yg parents dia buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 2.393077 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list