RASA hendak tersedak juga Cik Bunga bila mendapat perkhabaran mengenai seorang aktor terkenal tanah air ini. Iyalah, masa gosip itu diluahkan oleh rakan industri, kita pula tengah ralit makan biskut semperit.
Mana tidaknya mahu tersedak apabila sumber beritahu, aktor berkulit putih mulus ini dengan selambanya mengulang-ulang ayat dia tengah ‘stim’ semasa sedang menjayakan satu sesi fotografi baru-baru ini.
Biar betul? Tanya Cik Bunga pada sumber. Namun kata sumber dia tidak mereka-reka cerita kerana perkara itu memang terjadi di depan matanya.
“Tak faham juga saya Cik Bunga. Entah apa yang aktor itu fikirkan, asyik sebut dia horny depan kekasihnya.
“Tak tahan apa, pandai-pandailah Cik Bunga fikir. Geli kita yang mendengarnya,” kata sumber sambil buat riak wajah meluat.
Cik Bunga pun jadi hilang kata-kata bila dengar sebab rasa macam tidak sesuailah kelakuan begitu apa lagi masa kejadian itu berlaku di bulan Ramadan. Apa yang dia fikirkan? Macam orang yang tiada pedoman pula bercakap begitu.
Cik Bunga tidak rasa dia hendak bergurau sebab menurut sumber, memang nada percakapannya itu macam betu-betul memaknakannya. Habis itu macam mana pula reaksi kekasihnya yang ada di situ?
Kata sumber, memang riak wajah kekasihnya itu pun macam sedang menahan malulah, tetapi terpaksa cover sebab dia pun macam tak sangka si lelaki macam itu di hadapan orang ramai.
Kot iya pun, jagalah sikit kelakuan. Ini mesti tengah di bawah pengaruh sesuatu ini. Aneh-anehlah perangai! - Utusan
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-4-2025 08:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo ketpu knp xsesuai plak di bln ramadan?bkn dia muslim pun..tp penampakan potoshoot ketpu dgn sopia koshka jur ada ke potoshoot dgn gepren dia...tp mana x horny tgk sopia siap berlaga dada bau napas masing2..itupun kalo betul okg la
Post time 7-4-2025 09:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cehh setahun yg lalu.. yaampunn.
Btw suka plak tgk riena ni gedik dia yg xnyampah ditengok n xdibuat buat cool je, no wonder kitpu nmpak mcm cinta mati dgn dia.. remind me of faz pulak riena nih