CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2042|Reply: 53

[Tempatan] "Saya Cuma Jual Belon, Bukan Dadah", Abang Belon Berisiko Lumpuh

[Copy link]
Post time 6-4-2025 04:11 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: "Saya hanya jual belon, saya tidak jual dadah. Kalau saya bekas penjenayah adakah saya boleh dipukul, ditendang, diterajang, dicekup leher dan diperlaku zalim?"


Demikian rintihan Muhammad Za'imuddin Azlan berhubung insiden kekecohan membabitkan dirinya dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, beberapa hari sebelum Aidilfitri.


Muhammad Za'imuddin, 29, berkata, dia hanya berniaga belon untuk mencari rezeki halal.


"Oleh kerana hari raya hampir tiba saya jual belon secara separuh masa kerana kerja sepenuh masa sebagai kedi golf tidak banyak waktu itu," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.


Dalam sidang media itu, Muhammad Za'imuddin ditemani ibunya, Hasnah Mat Isa, 54; peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan doktor swasta Dr Mohd Hafidz Rizal Amran.


Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa, pada 28 Mac lalu, dia berniaga belon di Sogo untuk menampung perubatan pembedahan hernia yang dijadualkan pada 18 April ini.


"Adakah sebab saya pernah ada kes, maka saya tidak boleh cari rezeki halal? Kalau saya ada kes lampau adakah itu lesen untuk siapa-siapa sahaja boleh pukul saya?


"Kalau saya miskin, susah dan ada kes lampau adakah DBKL boleh layan saya macam sampah?" katanya.


Katanya, dia akan mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan diri dan maruah keluarganya.


"Jika saya mempunyai kes lampau, adakah bermaksud saya tidak ada tempat untuk lawan orang yang buat salah dengan saya? Saya ambil tindakan ini kerana saya ada hak pertahan diri saya dan maruah keluarga saya," katanya.


Menurutnya, pada yang mencemuh dirinya dengan kata-kata hina, dia mendoakan supaya mereka tidak melalui situasi yang dihadapinya.


"Saya lihat video saya dipukul viral. Saya mohon maaf pada ibu, ayah dan kakak serta adik saya.


"Saya hendak berubah. Bukan mudah jadi orang miskin dan susah, saya akan lawan sebab perkara ini zalim.


"Pada pihak berkuasa. Tolong jaga integriti dan bertindak ikut undang-undang, saya hanya mencari sesuap nasi bagi diri saya dan keluarga, kami pun hendak berhari raya macam orang lain," katanya.


Ditanya mengenai 13 kes lampau yang memetik sumber, dia menyerahkan kepada peguamnya untuk menjawab persoalan itu.


Sementara itu, Muhammad Rafique berkata, semua laporan media memetik sumber mengenai rekod lampau Muhammad Za'imuddin.


"Sumber ini siapa yang keluarkan, sebab sebaik sahaja keluar semua media 'pickup' ayat yang sama, seolah seperti ada lontaran sumber untuk memburukkan nama Muhammad Za'imuddin dan keluarganya.


"Seperti saya kata biar macam mana rekod dia, adakah beliau layak dikenakan sebegini rupa (dikasari) dan kita tunggu pengesahan rasmi, kerana ada satu jabatan di Bukit Aman yang menjaga rekod kesalahan lampau.


"Kesalahan lampau ini biasanya kita selalu guna di mahkamah oleh pendakwa raya sebelum jatuh hukum. Untuk menunjukkan orang ini tak belajar dari kesilapan lampau, maka harus kenakan hukuman tinggi," katanya.


Menurutnya, berdasarkan laporan polis dilakukan hari ini, Muhammad Za'imuddin mendakwa dua penguat kuasa berpakaian awam datang ke arahnya tanpa menunjukkan kad kuasa kemudian terus merampas belon.


"Mangsa tidak bertindak ganas dan melawan, semua ada dalam laporan polis ini dan anak guam saya percaya dia tidak menghalang tugas penjawat awam, hanya nak selamatkan diri daripada tindakan ganas penguat kuasa DBKL," katanya yang mengesahkan tindakan undang-undang akan diambil selepas keadaan anak guamnya kembali pulih.


Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di Jalan TAR apabila serbuan DBKL terhadap peniaga tanpa lesen bertukar menjadi pergaduhan.


Berdasarkan dua rakaman video tular berdurasi lebih tiga minit di media sosial, berlaku aksi tolak menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL dan sekumpulan peniaga yang cuba mempertahankan barangan jualan mereka.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob juga dilaporkan berkata tiga laporan polis diterima berkaitan insiden itu pada 28 Mac lalu.




Sementara itu, Pegawai perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran yang mengiringi Muhammad Za'imuddin berkata, lelaki itu boleh lumpuh secara kekal dan ketika ini perlu rehat dan tidak melakukan kerja berat dalam tempoh tiga hingga enam bulan.


"Hasil laporan perubatan ini menunjukkan 'T12 kemek' atau compressed, banyak komplikasi dan yang paling kita risau sekali, dia mula rasa kebas dan pesakit tidak dapat mengawal kencing.


"Dan komplikasi yang kita tak nak berlaku adalah risiko lumpuh. Kita berdoa dalam tempoh tiga hingga enam bulan, dia kembali pulih," katanya dalam sidang media selepas Abang Belon selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.


Dalam sidang media itu, Muhammad Za'imuddin, 29, ditemani ibunya, Hasnah Mat Isa, dan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.


Menurutnya, sepatutnya pada 18 April ini, Muhammad Za'imuddin perlu menjalani pembedahan hernia di skrotum yang sudah membesar.


"Bagaimanapun, akibat kejadian ini, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan dan kini fokus rawatan adalah tulang belakang T12 yang tidak boleh bergerak terlalu banyak.


"Jika ditanya skala kesakitan daripada satu hingga 10, Muhammad Za'imuddin boleh katakan skala pada lapan hingga sembilan, memang sakit kerana ia membabitkan saraf di kiri dan kanan," katanya.


Dr Mohd Hafidz berkata, dalam nota discaj Muhammad Za'imuddin juga dikepilkan salinan sijil cuti sakit selama 48 hari.


"Dalam tempoh itu, dia tidak boleh bergerak dan semestinya tidak boleh menjual belon lagi," katanya. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 04:42 PM | Show all posts
kau heret sekali walanon jahat dalam x tu bang.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Btl gak abg belon ni. Kalo ye pun dia ex pendadih x kan la majlis nak tibai dia smpi dia lumpuh. Itu zalim Dan x blh diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Btl gak abg belon ni. Kalo ye pun dia ex pendadih x kan la majlis nak tibai dia smpi dia lumpuh. Itu zalim Dan x blh diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 6-4-2025 05:41 PM

Ye le nok, masa kau kena henyak tu sorang pun tak tau sapa kau.  Bila dah masuk baru org tua nama dgn kesah lama.  Jgn le guna alasan tu. Dah dah nanti kita kasi setel kes ye gi umroh dulu. Nanti dapat lah gantirugi belon dgn permit tu cam pokcik petai. Jgn luoa sebut misekin banyak2 kali ok.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 06:07 PM | Show all posts
otai_g replied at 6-4-2025 04:57 PM
Btl gak abg belon ni. Kalo ye pun dia ex pendadih x kan la majlis nak tibai dia smpi dia lumpuh. Itu ...

setuju. mmg la dia salah niaga semua itu, tapi belasah dia sampai ada risiko nak lumpuh, itu mmg dah melampau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 6-4-2025 05:16 PM
Ye le nok, masa kau kena henyak tu sorang pun tak tau sapa kau.  Bila dah masuk baru org tua nama dg ...

Dalam sidang media tu, apa yang dia tuturkan itu jelas menunjukkan dia dengan sengaja memfitnah anggota PBT.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-4-2025 06:29 PM
Dalam sidang media tu, apa yang dia tuturkan itu jelas menunjukkan dia dengan sengaja memfitnah an ...

Abuya seorang yang teliti;
Sudah tentulah si kibidi bidi;
Bom bom bom,
Yes yes yes yes.

Sikidibidi,
Siki bom bom bom;
Yes yes yes,
Abuya bidi bidi.

Bom bom,
Abuya siki bidi bidi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-4-2025 06:29 PM
Dalam sidang media tu, apa yang dia tuturkan itu jelas menunjukkan dia dengan sengaja memfitnah an ...

Tunggang selagi boleh kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik dia mmg jenis berkepiah dan bertasbih digital ke?
Jap nak baca balik kes dia nih
Tp ada penampakkan taik politik dlm PC tu dah jd cam tak best plak
Takleh ke isu gini setel antara debi key el je tanpa campur tgn pihak berkepentingan terutama penonggeng politik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-4-2025 08:33 PM
Aik dia mmg jenis berkepiah dan bertasbih digital ke?
Jap nak baca balik kes dia nih
Tp ada penampak ...

kannnn…ramai nak amik kesempatan dlm kes dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah babi ni sekadar dipergunakan je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual belon harga riba. Modal 5-10 sen, jual 5 hengget sebelon.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:59 PM | Show all posts
naper ko x ambik lesen

naper ko degil x nak blah selepas dah diberi peringatan 2 atau 3 kali

naper ko yg mulakan sentuhan fizikal

naper lokasi ko niaga boleh jadi punca kesesakan
ko mcm play victim

--

mat pet mungkin tulang rapuh

mgkn tolak sikit da patah


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal salah bang belon juga... Yg gatal nak berniaga takde lesen apsal. Dah tahu buat salah reda je kalau brg kena rampas... Esok2 ko beli la balik utk mulakan perniagaan semula. Yg gedik nak lawan juga pe hal benda bukan mahal mana pun...

Yg pihak dbkl pun rekod je video sambil2 sound jgn le hempuk bagai kan dah susah. Ni agaknya lepas ni pihak pbt kena gerak sekali dgn polis & org politik ke mcm mana utk kawal benda2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau 13 kali rekod lampau tu, ada peluang lg ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 6-4-2025 09:59 PM
naper ko x ambik lesen

naper ko degil x nak blah selepas dah diberi peringatan 2 atau 3 kali

tetttttt


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya cuma ada 13 rekod lampau sahaja, bukannya 14. Kenapa saya pulak yang kena pergi buat umrah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:47 PM | Show all posts
Kalau kes2 gini boleh tak orang politik kita disqualify untuk datang dekat termasuk yang disguised as lawyers, doctors etc.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
13 kali tu tunjukkan tkde keinsafan. umur.bsru 29 tahun dah ada 13 kes.
lain kali amik lesen. peniaga lain boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.197644 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list