CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 3

[Tempatan] 'Saya rasa loya, sesak nafas'

[Copy link]
Post time 6-4-2025 08:15 AM | Show all posts |Read mode

Sepang: "Apa yang berlaku adalah pengalaman paling mencabar sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tapi 'mahal' kerana tak semua orang dapat merasainya," kata Mohamad Hafizth Omar, 32.

Dia adalah seorang anggota bomba berkongsi pengalamannya yang diserang strok haba ketika terbabit dalam misi menyelamat mangsa dan memadam kebakaran saluran paip gas yang meletup di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu.

Kisah Mohamad Hafizth mendapat perhatian warganet selepas tular gambar di media sosial menunjukkannya terduduk sambil memakai alat bantuan pernafasan.

Berkongsi situasi itu, Mohamad Hafizth berkata, dia dalam keadaan sihat sebelum mengikuti misi yang bermula jam 10 pagi itu.

"Hari itu, saya ditugaskan membantu kerja memadam di lokasi kejadian. Setengah jam selepas bertugas di lokasi kejadian, saya mula berasa loya, nak muntah, sesak nafas dan macam nak pitam.

"Tapi saya sempat diberi bantuan pernafasan dan direhatkan selama 20 minit sebelum kembali bertugas.

"Ikutkan sudah tak ada tenaga tapi semangat mendorong saya teruskan tugas sampai selesai. Isteri pun hanya tahu apa yang berlaku kepada saya menerusi gambar tular di media sosial," katanya ketika ditemui Harian Metro di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA, di sini.

Di sebalik apa yang berlaku, Mohamad Hafizth terharu kerana ramai warganet yang memberi kata semangat buatnya dan rakan sepasukan di laman sosial.


"Saya tak tahu gambar saya tular sehingga rakan beritahu kerana sibuk dengan kerja.

"Terima kasih saya ucapkan kerana hargai kami anggota bomba yang bertugas di lapangan," katanya.

Rakan setugasnya, Muhammad Azim A Rahim yang juga dari BBP KLIA berkata, tugas di lokasi letupan tempoh hari adalah yang paling besar dan mencabar sepanjang enam tahun dia bergelar wira merah.

"Tugas saya memang terdedah dengan kerja memadam kebakaran cuma selalunya membabitkan kebakaran di struktur bangunan biasa.

"Tapi misi di Putra Heights itu berbeza kerana sangat bahaya kerana saya ditugaskan masuk ke dalam rumah bersama pegawai kanan.

"Waktu itu, saya berada dekat sangat dengan api besar pada jarak 50 meter saja tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab, saya lakukan juga," katanya yang turut mendapat perhatian warganet selepas gambarnya duduk termenung di lokasi kejadian tular di laman sosial.

Sementara itu, Ketua BBP KLIA Razif Mohmad Haris berkata, tujuh anggota ditugaskan membantu kerja menyelamat mangsa dan memadam kebakaran Selasa lalu.

Menurutnya, semua anggota termasuk Mohamad Hafizth yang mengalami strok haba sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan dalam keadaan stabil sebelum mula bertugas pada hari berkenaan. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi suka stroke the penis jah ketimbang strok haba


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts


Abam bomba ailapyu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar abam bomba shirtless tak ada ke? Akak nak buat kalendar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.241969 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list