CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 2

[Tempatan] Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Raih Manfaat Besar Susulan Pengumuman Tarif Trump

[Copy link]
Post time 3-4-2025 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Raih Manfaat Besar Susulan Pengumuman Tarif Trump


EKONOMI • 03/04/2025 12:37 PM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan Malaysia adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi hari ini apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus.

Setakat 10.36 pagi, saham Hartalega meningkat 19 sen kepada RM2.05, Kossan Rubber melonjak 16 sen kepada RM1.80, Supermax naik 8.0 sen kepada RM11.19, dan Top Glove naik enam sen kepada 86.5 sen.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik yang meluas dan menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif sebanyak 24 peratus dan tambahan 34 peratus ke atas barangan import dari Malaysia dan China, yang berkuat kuasa pada 9 April.

Tarif tambahan sebanyak 34 peratus ke atas China adalah melebihi daripada 20 peratus yang telah dikenakan sebelumnya, menjadikan jumlah levi baharu itu kepada 54 peratus.

Bagi Thailand dan Indonesia, mereka masing-masing dikenakan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus dan 32 peratus yang bakal memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan di negara-negara berkenaan.

"Kami neutral ke arah positif terhadap perkembangan terbaharu ini, kerana secara keseluruhannya, pengeluar sarung tangan Malaysia masih mencatatkan prestasi positif. Memandangkan tarif lebih daripada 100 peratus yang dikenakan ke atas sarung tangan perubatan China pada 2025-2026, jurang harga antara pengeluar Malaysia dan China untuk eksport ke AS masih besar.

"Sehubungan itu, tidak seharusnya ada perubahan terhadap landskap industri semasa untuk pasaran AS," kata Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya hari ini.

Bank pelaburan itu berkata tarif tambahan sebanyak 34 peratus yang dikenakan ke atas China adalah sebagai tambahan kepada 60 peratus yang sedang dikenakan ke atas eksport sarung tangan getah bagi perubatan dan pembedahan China ke AS.

Ia berkata kesannya adalah positif untuk Malaysia kerana sebarang kehilangan volum di pasaran bukan AS dapat diimbangi dengan permintaan yang lebih tinggi dari AS memandangkan AS dari segi sejarah menyumbang sebanyak 35 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah volum sarung tangan Malaysia.

"Kami percaya memandangkan ketegangan geopolitik semasa antara AS dan China serta kenaikan tarif ini, pembeli Amerika lebih cenderung untuk tidak mendapatkan bekalan mereka dari China.

"Beberapa pembeli telah mula mengalihkan pembelian mereka ke Malaysia sebagai strategi pengurusan risiko, yang berpotensi memberi manfaat kepada pemain-pemain industri Malaysia termasuk Hartalega, Kossan Rubber, Top Glove dan Supermax," tambahnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2025 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin kaya la tokei2 sana.. maka ramai la mainland cainis nak buka kilang kat mesia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 03:45 PM | Show all posts
x semuanya yg rugi lepas trump umum tariff ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.043402 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list