CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Polis Sarawak tumpu 56 lokasi kerap kemalangan sepanjang Ops Selamat 24

[Copy link]
Post time 26-3-2025 01:19 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis Sarawak akan melakukan operasi rondaan jalan raya di 56 lokasi kerap berlaku kemalangan sepanjang Ops Selamat 24 yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata (gambar) berkata, tumpuan Ops Selamat 24 adalah Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran terutama kawasan kerap kemalangan, sesak dan perumahan.

Beliau berkata, operasi itu akan melibatkan semua cawangan serta jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan semua daerah di negeri ini.

“Sepanjang tempoh Ops Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025, seramai lebih kurang 343 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan terlibat.

“Ini bagi menentukan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan aliran trafik bergerak lancar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mancha turut menasihati semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang musim perayaan ini.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

“Sentiasa utamakan keselamatan diri serta keluarga dan ingat orang yang tersayang,” katanya.

Mancha berkata, selain bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan lalu lintas, Ops Selamat 24 juga bermatlamat mencegah jenayah pecah rumah sepanjang tempoh perayaan.

“Bagi mencegah jenayah pecah rumah khususnya rumah-rumah ditinggalkan kerana pemilik balik kampung atau bercuti, rondaan berkala akan dilakukan.

“Orang ramai diminta memberi kerjasama dan memaklumkan kepada polis apabila meninggalkan rumah kediaman semasa musim perayaan ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047156 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list