CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20699|Reply: 0

Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600, 28 lagi mayat ditemukan bawah runtuhan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:51 PM | Show all posts |Read mode

Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka berjalan melalui jalan berlumpur di tengah-tengah kehancuran di Jabalia, di utara Semenanjung Gaza. Foto AFP

ANKARA - Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 28 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak Oktober 2023 kepada 47,583, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.

Satu kenyataan kementerian mengatakan bahawa jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.

Menurut kementerian itu, empat orang yang cedera juga dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah yang cedera kepada 111,633 dalam serangan Israel.

"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat melakukan misi menyelamat," menurut kementerian itu.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh kementerian itu, kira-kira 562 mayat telah ditemukan daripada runtuhan sejak perjanjian gencatan senjata diadakan di Gaza pada 19 Januari.

Perjanjian itu menghentikan perang Israel yang telah menyebabkan kemusnahan meluas di enklaf itu.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana melancarkan perang ke atas kawasan itu. - Bernama-AA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054554 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list