CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6161|Reply: 0

Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty (tengah) mempengerusikan mesyuarat dengan menteri-menteri dari Jordan, Arab Saudi, Qatar dan UAE, untuk membincangkan cadangan Trump agar Mesir dan Jordan menempatkan rakyat Palestin yang terjejas dari Gaza, di Kaherah. Foto AFP

KAHERAH - Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah pada Sabtu menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Dalam satu kenyataan bersama, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Mesir, Pihak Berkuasa Palestin dan Liga Arab menyatakan sokongan penuh terhadap keteguhan rakyat Palestin di tanah air mereka serta hak sah mereka selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Negara-negara peserta menegaskan penolakan mereka terhadap sebarang pelanggaran hak-hak yang tidak boleh dinafikan itu, sama ada melalui aktiviti penempatan, pengusiran, perobohan rumah, perampasan tanah atau pemindahan paksa rakyat Palestin dalam apa jua bentuk atau alasan.

Menurut kenyataan itu, rancangan sedemikian "mengancam kestabilan rantau ini, berisiko mencetuskan perluasan konflik, dan menjejaskan prospek keamanan serta kewujudan bersama dalam kalangan penduduknya."

Mesyuarat pada Sabtu diadakan susulan kenyataan berulang oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mencadangkan penempatan semula rakyat Palestin di luar wilayah mereka, termasuk di Mesir dan Jordan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas mesyuarat yang diadakan atas jemputan Mesir dan dihadiri wakil Jordan, UAE, Arab Saudi, Qatar serta Mesir, bersama Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bagi Negara Palestin dan Setiausaha Agung Liga Arab.

Sementara itu, enam negara berkenaan menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pentadbiran Trump bagi mencapai perdamaian menyeluruh di Timur Tengah berdasarkan penyelesaian dua negara serta usaha menamatkan konflik di rantau itu.

Mereka turut menggesa masyarakat antarabangsa, kuasa serantau dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar melaksanakan penyelesaian dua negara bagi menangani punca ketegangan di Timur Tengah.

Selain itu, negara-negara berkenaan turut menegaskan peranan penting dan tidak boleh digantikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) serta menolak sebarang cubaan untuk mengetepikan atau mengehadkan peranannya. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055929 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list