View: 1620|Reply: 20
|
[Jenayah]
"Ada Pasangan Ni Asyik Bercium Pulak" - Panggung Wayang Kat Terengganu Asingkan Tempat Duduk Lelaki Dengan Perempuan!
[Copy link]
|
|
“Sukanya wayang macam ni. Hari tu aku tengok cerita kartun. Ada pasangan ni asyik bercium pulak. Aduh dik, dekat tempat lain tak boleh ke?” dakwa seorang netizen.
Malah segelintir individu juga berpendapat tempat duduk berasingan ini akan membuatkan para penonton lebih selesa menikmati tontonan filem.
“Bestnya, nak macam ni. Tak selesa duduk sebelah lelaki asing (tidak dikenali). Lagi-lagi kita ni pergi tengok seorang. Lepas tu kiri kanan atas bawah lelaki,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai berharap agar kategori tempat duduk mengikut jantina ini diperluas ke semua wayang di seluruh Malaysia.
“Bagus juga kalau pergi tengok solo. Tak payah duduk sebelah jantina lain. Harap benda ni ada dekat negeri lain juga. Sekurang-kurangnya tahu jantina orang sebelah,” kata seorang pengguna TikTok.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tnsts95) apabila seorang wanita dikenali sebagai Ieda berkongsi pengalamannya semasa mengunjungi panggung wayang Lotus Five Star (LFS) di Kuala Terengganu.
Dalam rakaman video itu, kelihatan Ieda sedang membeli tiket filem menerusi kiosk yang tersedia di sana. Selepas menekan bahagian filem Final Destination, dia perlu memilih waktu tayangan pula.
Lain daripada lain, panggung wayang ini mengasingkan ruangan tempat duduk mengikut kategori jantina dan keluarga.
Dengan cara itu, ikhtilat dengan individu berlain jantina terjaga. Kaum Adam di tempat duduk sebelah kiri, manakala kaum Hawa di sebelah kanan.
Jelas penonton itu, tempat duduk berkenaan boleh ditempah melalui kiosk atau menerusi pembelian atas talian.
Menurut Ieda, staf wayang akan sekali sekala memeriksa kad nikah penonton bagi memastikan pasangan yang memilih tempat duduk keluarga adalah suami isteri yang sah.
“Selagi boleh jaga kita jaga,” kata Ieda di ruangan kapsyen.
Untuk info pengasingan tempat duduk di LFS telah dilaksanakan sejak tahun 2020 mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Ia dalam masa sama dikuatkuasa oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Peraturan pengasingan tempat duduk ini bukan sahaja tertakluk untuk golongan Muslim sahaja, bahkan orang bukan beragama Islam juga tidak terkecuali.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la kalau gitu...
Dlm jaga iktilat dpt berhibur le juga
Idok le org kata perak taliban bebeno |
|
|
|
|
|
|
|
Yg nak beromen pun tgk la wayang tgh malam..x kan citr karton pun sanggap nak beromen... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 4-6-2025 06:02 PM
Ai pergi cinema penonton kebanyakannya hanya 1-8 org jah, kalau cerita anabella conjuring hantu dan cerita kerat2 kepala darah memancut2 haruslah duduk dekat2 org ramai sbb penakut dan dekat pintu belakang boleh lari keluar, kalau film x seram dan cinema ramai > 20 haruslah kasi asing, sbb ada family bawak bayi la kanak2 la menangis melompat2 serupa monyet dlm cinema |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk wayang sorang. Tak ada pilihan duduk seat tengah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 5-6-2025 01:52 AM
Kawan aku cerita bau busuk panggung wayang kat Kuala Selangor macam tempat orang beromen...entah bau air mani, taik jubo semua ada, dia kata.
MBO Teluk Intan je bau wangi.
Dia compare lepas aku bawa dia pergi MBO Teluk Intan tengok Blood Brothers. |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalau beromen dlm wayang, staf blh nmpk kan wlpn dlm gelap - ada bekas pekerja wayang yg cite hal ni dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
'staf wayang akan sekali sekala memeriksa kad nikah penonton'
Kalau pasangan gay staff nak minta kad apa pula?...
|
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 4-6-2025 05:42 PM
Yg nak beromen pun tgk la wayang tgh malam..x kan citr karton pun sanggap nak beromen...
Nak kuar tengah malam mak tak bagi tu ja masa yang ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 5-6-2025 11:22 AM
tp kalau beromen dlm wayang, staf blh nmpk kan wlpn dlm gelap - ada bekas pekerja wayang yg cite hal ...
Mata kita pun akan adjust selepas beberapa ketika dalam gelap. Kalau guna camera video waktu maghrib pun boleh macam tengah hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
teknologi makin canggih lg sng nk nmpk dlm gelap.. nk beromen pegi jela hotel 5*
|
|
|
|
|
|
|
|
nak beromen...pi la depan skrin tu...kita tonton 'citer korang' jer la... |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun dari sekarang filem akan dicipta oleh chatgpt je
kita prompt je cerita macam mana yang kita nak
*remindmein10years |
|
|
|
|
|
|
|
Seat 1-3 baris paling belakang mmg busuk, seat baris tgh2 ok |
|
|
|
|
|
|
|
menggalakn budaya lgbt gay dan lesbos |
|
|
|
|
|
|
| |
|