CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17216|Reply: 0

Puluhan pekerja diselamatkan, mayat ditemui di lombong emas Afrika SelatanPuluhan pekerja diselamatkan, mayat ditemui di lombong emas Afrika Selatan

[Copy link]
Post time 15-1-2025 07:28 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis Afrika Selatan melakukan rondaan untuk mengawal kawasan lombong di mana operasi menyelamat dijalankan ke atas pelombong haram yang terperangkap di bawah tanah di Stilfontein. - Foto REUTERS

STILFONTEIN: Lebih 20 pelombong haram berjaya diselamatkan dan sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemui dari sebuah lombong emas terbengkalai di Afrika Selatan.

Ia dilakukan ketika operasi menyelamat diteruskan pada hari ini bagi menyelamatkan lebih ramai mangsa yang dipercayai masih berada di bawah tanah di lokasi terbabit.

Semalam, sebuah syarikat penyelamat lombong profesional menghantar sebuah sangkar besar untuk mengeluarkan mangsa di lokasi berhampiran Stilfontein, kira-kira 140 kilometer barat daya Johannesburg.

Ribuan pelombong haram, kebanyakannya berasal dari negara lain dipercayai bekerja di terowong lombong terbengkalai di seluruh Afrika Selatan yang kaya dengan mineral.

November lalu, pihak berkuasa melancarkan operasi membanteras pelombong haram di terowong Stilfontein, namun jumlah sebenar mereka yang masih berada di bawah tanah tidak dapat dikenal pasti dan polis mendakwa ratusan lagi mungkin masih terperangkap.




Ketua komuniti, Johannes Qankase, mendakwa 26 individu berjaya diselamatkan dan sembilan mayat ditemui pada hari sebelumnya di Stilfontein.

"Mereka sangat lemah. Mereka mengalami dehidrasi yang teruk. Anda boleh lihat mereka hampir mati," katanya.

"Kebanyakan mangsa sudah dibawa ke hospital, manakala dua lagi dipercayai berada dalam tahanan polis," katanya.

Hari ini, pegawai kerajaan dijangka hadir di lokasi ketika operasi penyelamatan masih diteruskan.

Pihak berkuasa dituduh cuba memaksa pelombong untuk muncul dengan menyekat bekalan makanan dan air yang diturunkan oleh komuniti sekitar kepada mereka.

Semalam, kerajaan menyatakan lebih daripada 1,000 individu yang terbabit dalam aktiviti perlombongan haram di kawasan itu muncul dan sudah ditahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.604484 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list