View: 12624|Reply: 110
|
APA RAHSIA DI SEBALIK UMUR 40 an?
[Copy link]
|
|
Kaum lelaki adalah pemimpin kepada wanita kerana ALLAH telah melebihkan mereka (lelaki) dari wanita dan kerana mereka membelanjakan harta (untuk wanita itu).
(An Nisa': 34)
DALAM keluarga, ketua adalah ayah atau suami atau kalau ibu ayah sudah tiada, maka ketua keluarga mungkin datuk, pak cik dan lain-lain lagi. Sebab itu dalam Islam, seorang wanita yang berkahwin itu sekaligus mendapat seorang suami, guru dan pemimpin (di peringkat rumahtangga). Sebab seorang lelaki selain daripada diperintahkan jadi suami, juga mesti bertindak sebagai seorang guru dan pemimpin. Mana-kala kaum wanita sesudah menjadi isteri kepada seorang lelaki mesti juga menjadi murid dan pengikut.
Sebagai pemimpin kepada isteri atau isteri-isterinya, se-orang suami mesti adil. Adil dalam Islam ialah meletakkan isterinya pada tempat yang tepat dengan kelayakannya. Adil dalam menyediakan keperluan isteri-isterinya dan adil dalam mendidik isteri-isterinya. Supaya mudah mereka menunaikan kewajipan-kewajipan kepada ALLAH. Isteri tidak hanya diberi nafkah lahir dan batin tetapi juga diberi didikan dan pim-pinan rohaniah. Suami juga mesti adil dalam memberikan giliran kepada isteri-isteri (bagi mereka yang berpoligami).
Perempuan kalau dibiarkan pada fitrahnya yang asal yang penuh emosi itu, tidak dikendalikan dengan pengawalan-pengawalan emosi dan panduan-panduan tindakan, akan sentiasa keterlaluan dalam hidupnya. Misalnya seorang isteri yang suaminya seorang yang berjawatan besar, seorang jutawan, seorang yang hebat, kacak dan gagah, mendapat segala-gala yang menjadi keinginan nafsu wanita, dibelai dan dilayan semahu-mahunya serta sangat dimuliakan oleh rakyat, apakah yang akan jadi pada wanita ini?
Dia akan jadi wanita yang sangat pemboros dan membazir. Dia juga akan sangat meninggi diri dengan angkuh dan sombongnya. Dia akan menzalim dalam tindakannya sama ada dia sedar atau tidak.
Bagaimana mengawal dan memandu isteri supaya tidak terlalu ke kiri atau tidak terlalu ke kanan? Supaya dia tetap menjadi wanita yang sederhana, yang zuhud, pemurah, tawadhuk dan penyayang? Supaya hatinya selamat dari sifat-sifat jahat dan selamat dari tindakan liar yang membahayakan kedudukan suaminya?
Suami yang beriman dan berilmu akan tahu caranya untuk mengawal emosi isterinya itu. Antara kaedah-kaedahnya ialah:
1. Beri ilmu tentang manusia yang baik dan yang tidak baik. Tentang nasib manusia di Akhirat. Ilmu tentang nafsu jahat dan nafsu baik. Ilmu tentang cara bermujahadah dengan nafsu jahat dan syaitan yang sangat jahat. Ilmu ini semua terdapat dalam kitab-kitab tasawuf.
2. Didik ibadah, zikir wiridnya agar berbekas di hati dan didik akhlaknya dengan akhlak-akhlak yang baik. Suami menjadikan dirinya peribadi contoh dalam didikan melalui perbuatan ini (bilhal).
3. Hukuman-hukuman pada kesalahannya perlu diberi. Misalnya, kalau dia sudah salah gunakan wang, hentikan pemberian wang padanya beberapa waktu. Kalau dia menghina-hina orang, 'elok dia pun dihina secara yang dibenarkan oleh syariat. Supaya dia tahu sakitnya seseorang yang kena hina. Dengan itu perangainya itu tidak diulang. Demikian seterusnya. Peraturan menghukum itu mula-mula dinasihat, kalau tidak berubah dipukul. Sewaktu memukul tidak boleh di muka dan jangan sampai mudharat. Jikalau tetap tidak berubah juga diasingkan tempat tidurnya. Akhir sekali datangkan dua puak di kalangan ketua keluarga untuk mengadili dan membaiki.
4. Poligami adalah kaedah didikan dan pimpinan yang paling berkesan bagi isteri. Perempuan yang disusahkan dengan poligami, yakni di hari-hari -yang bukan gilirannya, adalah seperti pesakit yang doktor arahkan supaya berpuasa sebagai ubat kepada penyakitnya. Tetapi puasa itu bukan berterusan. Sehari puasa sehari tidak. Kesakitan berpuasa dan kenikmatan berbuka yang dipergilirkan itu akan mengimbangkan perjalanan penghadaman supaya sentiasa seimbang dan normal, tidak keterlaluan.
Demikianlah pendidikan poligami yang menggilirkan seorang wanita dengan susah dan senang; ia sebenarnya akan memandu emosi wanita agar sentiasa menengah, tidak keterlaluan sama ada ke kiri atau ke kanan. Inilah pendidikan dan pimpinan yang dapat dilakukan secara istiqamah, berkesan dan cepat membawa hasil yang diharapkan.
5. Isteri atau isteri-isteri mesti diletakkan pada tempatnya supaya tidak rosak. Seorang yang kemampuannya hanya setakat menjadi suri rumah, jangan dibawa ke dalam soal-soal kemasyarakatan sekalipun suaminya orang besar. Sebaliknya seorang isteri yang boleh diketengahkan dalam soal-soal kebajikan masyarakat, jangan dikurung di rumah saja. Dikeluarkan dengan menurut syarat. Seorang yang berwatak ayam hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, jangan disuruh jadi watak kambing. Inilah keadilan. Ayam dipaksa jadi watak kambing adalah satu penzaliman, sekalipun si ayam meminta dan meronta-ronta ingin menjadi watak kambing.
Isteri-isteri mesti diletakkan di fungsi masing-masing dengan keperluan dan kewajipan yang berbeza-beza. Suami selaku pemimpin mesti tegas dalam menjalankan keadilan ini. Jangan diperturutkan nafsu tamak dan cemburu wanita. Me-nyamarasa dan menyamarata perihal mereka adalah satu penzaliman kepada mereka. Perlu diingat, bahawa Rasulullah sangat adil dalam memberi giliran kepada isteri-isterinya di waktu baginda berkumpul bersama.
Semua isterinya ialah anak murid dan pengikut-pengikut-nya. Tetapi ingat, ada isteri yang redha memberikan giliran-nya pada isteri yang lain. Apabila dalam keadaan safar atau berpergian (untuk jihad), kalau mahu membawa isteri, wajib diundi. Isteri mana yang mahu dibawa. Pada saya, kalau pergi itu atas urusan perjuangan, eloklah isteri yang dibawa adalah yang boleh membantu buat kerja-kerja perjuangan. Isteri yang berperanan di rumah, didik dia supaya berperanan di rumah. Jangan sebaliknya. Pendidikan dan pimpinan yang tepat ke-pada isteri-isteri boleh membuatkan mereka redha dengan keputusan itu.
[ Last edited by intanterpilih at 27-1-2008 10:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 16-1-2008 08:46 AM 
Kaum lelaki adalah pemimpin kepada wanita kerana ALLAH telah melebihkan mereka (lelaki) dari wanita dan kerana mereka membelanjakan harta (untuk wanita itu).(An Nisa': 34)
DALAM keluarga, ke ...
wakakaka...kalo ada yg tk sama wavelength dgn artikel tu esp bab poligami tuh, ko org jgn serang aku lak yerk...RSAW berpesan, sampaikanlah kepada saudara seagamamu ilmu yg baik walaupun hanya sepatah kata..
tetapi maksud ayat surah An Nisa itu, dah ramai lelaki pompuan zaman ini yg dah langgar ...
jadi lelaki tapi tk mampu jadi PEMIMPIN, itu ciri lelaki dayus...
jadi perempuan, tapi smpai rasa diri lebih teror dari lelaki atau suami, itukan cabang RIAK dan UJUB |
|
|
|
|
|
|
|
[

Kalau kawin sorang-sorang ( monogami ) susah sikit suami nak berlaku adil . Petua dia , suruh suami amal poligami . InsyaAllah . Adillah suami :victory: :flower: :bg: |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar amende lak nih?
yg gambar atas tu nampak sgt tak adil..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Woiiii . Pi main jauh2 . Kecik2 lagik dah nak rancang poligami .:@ :@ :@  |
|
|
|
|
|
|
|
intan, aku rasa yg jd ramai pompuan tak suka isu poligami ni sbb banyak lelaki yg nak sgt berpoligami tu tak layak jd PEMIMPIN. nak pimpin yg sorg pun ntah hape2, kalo lebih tak tau lah. siap takut lagik nak bgtau bini bila dah kawin lagi dua. Cuba kalo lelaki2 hayati pesanan serta ambik iktibar dr kehidupan rasul dan sahabat, aku rasa ramai pompuan takkan jd mcm pompuan zaman skrg yg melenting asal dengar je perkataan poligami.
Jd pd aku, yg utama, lelaki tu dulu nak kena ubah/ didik diri dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lily_Savage at 16-1-2008 09:27 AM 
intan, aku rasa yg jd ramai pompuan tak suka isu poligami ni sbb banyak lelaki yg nak sgt berpoligami tu tak layak jd PEMIMPIN. nak pimpin yg sorg pun ntah hape2, kalo lebih tak tau lah. siap tak ...
betul lily..sebb ramai lelaki yg konon nk poligami tapi ilmu ttg poligami ikut sunnahpun tk der dan ciri2 utk jadi pemimpinpun tk der...itu lelaki spesies hampeh... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo poligami lagik.. Ni kene tukar dari Family Discussion jadik Poligamy Discussion  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Lily_Savage's post
Ye ke?
Baik macam mana sekalipun lelaki itu, kalau isteri jenis yang 'kedekut', tak kasik jugak si suami tu tambah cawangan.
Mula la nanti macam - macam cerita keluar. Then berbalik jugak pada suami, kononnya gagal mendidik si isteri.
Habis sangat pun, "Ish, nampak je macam baik, tapi sakan jugak rupanya."  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau suami tau isteri tu jenis kedekut, kalo laki dia bijak dia tau lah mcmana nak tangani kan?
kan ke tu tugas sbg pemimpin. mana ada pompuan dlm dunia ni yg senang2 jerk nak sedekah laki kat org lain, unless dia pun tak sayang dah kot..
paling senang, ajar je bini dia dgn asas akidah yg kukuh..ha...kalo berjaya, aku rasa tak susah pun korang nak persuade bini bila nak tambah cawangan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Madiey's post
dolu aku kedekut ...selepas dah dikira timbang kati...bagi jerlah green light...so kalau betul dia ada jodoh..sama2lah aku n laki aku sign borang... |
|
|
|
|
|
|
|
yg jadi masalah slalunye org yg suke2 nak berpoligami...tapi kemampuan diri dan sebab musabab nak berpoligami tu x tentu halatuju...yg semata2 berlandaskan nafsu.klu nak story pasal poligami ade faktor2 yg diharuskan..malas la aku nak bgtau coz semua lelaki tau...
klu bini dah bg tambah cawangan...tambah je la...tu pun klu cukup syaratnye...mane ade pempuan nak suke2 kongsi laki..ade ke???sure ade sebab2 nye...ade gak lelaki yg bini suruh tambah tapi die x mahu..ade ke??? x mahu tu jarang sekali la...tapi klu x mampu tu ramai le.......
duit yg x mampu...yg lain ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 nazijo's post
Kawan kakak aku kira laki bini weekend sebab kerja ...dah hampir 5 tahun kot....dia suruh laki dia menikah lagi sorang utk jaga kebajikan somi dia ..yerlah dah weekend husband wife jerk...tapi laki dia tak mo...mungkin tak TERjatuh chenta lagi kot...kalau tak ..horayyyy lakan..tak payah nak rempuh ombak badai segala... |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu aku tanya kawan aku..eh anak tak nak tambah ke..dia kata..mem kata 2 cukup lah..kalau nak anak lagi dia suruh aku menikah lagi sorang...haaa apa lagi hang pi la cari calon...uish mana besh cenggitu..tak thrill langsung...jantan ni yagn bestnya kalau main sorok2....barulah challenging...alaaaaaaaaa kata jerlah tak jumpa lagi yang dah berkenan...ekekekeke... Aku rasa..kaedahnya bila dah TERjatuh chenta maut...mampu ke tak mampu ke jantan marhain ni belakang kira...dia buat jugak kalau dah nak menambah ni...tak buat cara terangan buat cara sembunyian...wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Lipton's post
maybe hormon dorang laki bini dibawah tahap yg sederhana... tapi zaman skang ni x heran la klu bnyk weekend husband...masing2 ade komitmen ngan kerjaya so mase nak berfamily tu dah terbatas...blk umah letak kepala terus tido...pasal kebajikan lain pun skang ni mcm2 dah ade..baju bole anto dobi,makan bole cari kat luar..kuar sket duit dapatlah...time nak berkeluarga tu dah x dapat cam org2 dulu2...bile dibiarkan gitu je...bini pulak fikir kebajikan laki terabai..
frankly,klu aku x sanggup nak harung cam tu..walau sesibuk mane pun perhatian pada pasangan tu mesti ade...klu x rase cam org bujang plak...kdg2 even duk serumah but coz kerja 5 hari seminggu...masing2 ade masalah tersendiri..nak sembang pasal hati dan perasaan tu dah letih coz penat kerja..ade x de weekend la time nak berkasih syg.... |
|
|
|
|
|
|
|
hal2 poligami ni dr dulu sampai skg takan ada penyelesaian sbb tak pernahnya sukses..kalau bab2 pemberian harta mungkin la sukses tp bab2 kasih sayang ni..susah nak adil.dan susah nak memuaskan hati semua pihak melainkan hmmm...maleh den nak cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
bab jatuh cinta tu yg bini tak tahan tu lip..
senang2 dia leh jatuh cinta, ingat kita ni tak boleh jatuh cinta gak ke?
(emosi jahat ku dah datang..huhu ) |
|
|
|
|
|
|
|
aku pelik nengok yg belakang pakai uniform..
pastu kalo tambah2 jd 5 org lah pulak..ni gambar apa sebenranya nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|