CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1920|Reply: 1

Hanya binatang yang patut terancam dengan hak asasi manusia

[Copy link]
Post time 22-5-2014 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Hanya binatang yang patut terancam dengan hak asasi manusia
MAY 18, 2014


Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" diwww.twitter.com/aminiskandar.




Apabila mendengar seseorang manusia mengatakan beliau membenci hak asasi manusia atau menganggapnya sebagai ancaman, saya seringkali tertanya, apakah mereka ini binatang?
Kalau binatang membenci atau berasa terancam dengan hak asasi manusia, saya boleh faham kerana apa yang kita anggap hak kepada manusia mungkin boleh jadi sesuatu ancaman kepada warga binatang.

Contohnya seperti hak kepada makanan yang menghalalkan manusia memakan daging, ini dengan jelas menyebabkan hak binatang terancam.
Lebih parah lagi kalau agama digunakan untuk menentang hak asasi manusia kerana orang beragamalah yang seharusnya faham akan fitrah manusia.
Untuk saya, hak asasi manusia itu seharusnya dihormati selagi ia tidak menganggu gugat kehidupan orang lain.
Salah satu yang dipertahankan oleh hak asasi manusia adalah hak untuk beragama – menyebabkan umat Islam begitu selesa hidup dalam negara-negara yang menjunjung hak asasi manusia seperti United Kingdom (UK).
Umat Islam di UK tidak kira mazhab dapat beragama tanpa diganggu gugat. Ada Sunni, Syiah, Wahabi dan Sufi.
Masjid di mana-mana. Begitu juga surau, termasuk di kawasan yang terpencil.
Mengapa ini berlaku walaupun UK itu majoriti rakyatnya “kafir”? Kerana penghormatan terhadap hak asasi manusia.
Jika umat Islam dilayan begitu baik di negara-negara kafir seperti UK, mengapa di negara yang mempunyai majoriti Islam seperti Malaysia, layanan sama tidak diberikan kepada masyarakat bukan Islam?
Apakah kita hanya mahu hak kita dihormati dan tidak mahu menghormati hak orang lain?
Selasa lalu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata Islam kini diancam oleh "humanrightism, liberalisme, sekularisme dan humanism".
Kenyataan ini diungkapkan perdana menteri, tidak lama selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama baru-baru ini yang menggelarnya sebagai seorang “reformis.”
Najib berkata demikian pada pembukaan Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan di Kuantan di mana beliau juga mencipta frasa "humanrightism".
Beliau berkata kefahaman hak asasi manusia melampau boleh disederhanakan melalui undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai budaya Malaysia.
Sehari selepas dikritik kerana mengatakan "humanrightism " merupakan ancaman kepada Islam di Malaysia, tiba-tiba Najib mengatakan Putrajaya komited kepada prinsip dan nilai-nilai hak asasi manusia.
Dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Persatuan Penggalakan Hak Asasi Manusia Hak (Proham), Najib berkata "sebagai rakyat Malaysia, kami percaya kepada hak asasi manusia, dan menyokong falsafah, konsep dan norma-norma dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat".
Apakah Najib terlalu letih untuk berfikir dan hanya membaca sahaja ucapan disediakan penulis ucapannya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran?
Dan apabila kurang letih dan boleh berfikir seperti biasa baru beliau sedar kenyataannya itu mengarut dan boleh menyebabkan bencana kepadanya maka beliau mengubah nada?
Menghormati hak asasi manusia itu sepatutnya menjadi budaya Malaysia. Apatah lagi negara kita ini mempunyai pelbagai kaum, suku dan agama.
Jika kita tidak mampu menghormati hak sesama manusia, bagaimana kita mahu menjaga alam yang mempunyai makhluk dan hidupan lain? Bukankah kita saling memerlukan? – 18 Mei, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 02:00 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Sekarang ni hukom aniaya binatang rendah jer...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043418 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list