CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima lagi suspek bertopeng serang lelaki dengan parang ditahan

[Copy link]
Post time 21-5-2025 04:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-5-2025 04:25 AM

Lima lagi suspek bertopeng serang lelaki dengan parang ditahan

MOHD ISKANDAR OTHMAN
20 Mei 2025 01:10pm




Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng menggunakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda.



BUTTERWORTH - Polis menahan lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki yang cedera parah diserang sekumpulan lelaki bertopeng di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda, di sini pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan C Tharmalinngam berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini pada Isnin dan Selasa.


"Kesemua suspek berusia 30-an kini direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan,"katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.


Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng menggunakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, mangsa bersama rakannya baru sahaja tiba di restoran terbabit untuk makan sebelum diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang membuka pintu kereta.

Mangsa cuba melarikan diri namun dilanggar oleh kereta yang dinaiki suspek hingga terjatuh.

Mangsa kemudian diserang oleh tiga lelaki yang memakai topeng menggunakan senjata parang.


Tharmalingam sebelum ini berkata, mangsa yang cedera parah sempat melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di sebuah klinik swasta berhampiran tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan.

"Doktor klinik tersebut memberikan rawatan awal sebelum menghubungi pihak ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut dan berada dalam keadaan mangsa stabil,"katanya.

Sebelum ini, dua suspek berusia lingkungan 30-an telah berjaya diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi membantu siasatan.

Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Irwan Shah di talian 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/729502/berita/semasa/lima-lagi-suspek-bertopeng-serang-lelaki-dengan-parang-ditahan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.044057 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list