CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2911|Reply: 37

[Tempatan] ‘Umur 30-an ada ijazah bidang kimia, tapi…’

[Copy link]
Post time 9-4-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh KOSMO!
9 April 2025


Tangkap layar perkongsian video wanita berkenaan yang memaparkan dia sedang memasak untuk jualannya.


PETALING JAYA – “Umur dah 30-an, pemegang ijazah bidang kimia dengan biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), tetapi tiada kerjaya.”

Demikian pengakuan seorang wanita yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, namun masih belum memiliki kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusannya.

Menggunakan profil @izzti.is di media sosial, wanita itu turut berkongsi video dia sedang memasak dan memaklumkan dia mencari rezeki sebagai peniaga jalanan.


Dalam masa sama, wanita itu turut bertanyakan kepada orang ramai adakah dirinya gagal dalam kehidupan disebabkan ‘nasib’ tersebut.

“Tak pandai bisnes, tapi tengah mencuba nasib. Sekarang jadi peniaga jalanan. Adakah aku gagal?” soalnya.

Luahan wanita itu mengundang perhatian orang ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat, malah tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang berkongsikan pengalaman serupa.

“Tenang, (saya) pemegang PhD (Doktor Falsafah) dengan biasiswa JPA. Tiada kerja, selalu jadi tutor akhirnya aku meniaga makanan juga. Pendidikan untuk rohani kita, bukan lesen untuk cari rezeki,” kongsi @edin.

“Zaman sekarang memang tak boleh nak nilai orang kerja apa ya, semua orang bijak-bijak,” balas @eika Jasmin.

“Aku (kelulusan) bidang kejuruteraan nuklear. Sekarang buat bisnes biskut, kek and pastri dan (kerja) sambilan menjahit. Kau rasa? Gagal? Aku pun tak tahu. Gelak sajalah,” kongsi seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ada PhD tu dlm bidang apa ye??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu Kimia byk kurang kat sekolah...ke skrg dah terlebih cikgu kimia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 04:41 PM | Show all posts
wirazam replied at 9-4-2025 04:26 PM
Yg ada PhD tu dlm bidang apa ye??

kdg2 PHD punya tajuk mmg tak bole digunakan dlm industry pun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 04:45 PM | Show all posts
Edited by cmf_jeangrey at 9-4-2025 04:47 PM
“Tenang, (saya) pemegang PhD (Doktor Falsafah) dengan biasiswa JPA. Tiada kerja, selalu jadi tutor akhirnya aku meniaga makanan juga. Pendidikan untuk rohani kita, bukan lesen untuk cari rezeki,” kongsi @edin.


Hmm kalau semua grads Malaysia berfikir selfish mcm ni, siapa nak majukan negara? In another 10 years semua kerja2 baik 3D atau white collar di Malaysia ni disapu oleh pakar dr negara luar..

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara peribadi, aku okay jer kalau peniaga kecil²an camni ada ilmu peringkat IPT.

Kipidap dekk. Jangan putus asa.
Manatau satu ari nanti ada datin menyinggah gerai tapao makanan sambil menunggu tu borak²... boleh terdetik hati kecil datin:

"Emmm... manis budaknya... pandai pula berniaga... sekolah tinggi pula tu. Nanti aku bawak si abang long datang sini. Dia pun lama membujang asyik pikir kerjaaaaa aje. Risau pulak aku. Aku ni dah tua... nak jugak merasa timang cucu."

Done sinetron melayu 27 episod jam 7.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2025 09:57 PM | Show all posts
Kau bukan gagal, cuma belum berjaya ja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa nak timang cucu kalau nak kira jisim molar methamphetamine pun tak tahu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite breaking bad.

Waste if talent Makaysia ni. Kadang yg bijak onadai ni yg kene bukak bisness sendiri. Ikut ijazah die.

Ntah la. I uols pon da x keje dlm bidang I. Xde keje noks
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni pekerjaan utk org pandai2 x byk, pekerjaan 3d banyak le, lagi satu anak2 somebody mmg dah mendapat tempat bekerja company kawan2 mak bapak berbanding org kampung2 yg tiada network yg kena berusaha keras, pekerjaan haram pun ada byk scammer dadah seludup dari pekerjaan halal, masuk u gaji 3-4k gaji x naik pangkat x naik baik kerja singapore org spm pun boleh gaji mahal kerajaan x menyediakan pekerjaan yg cukup yg sesuai gaji, yg ada byk hanyalah utk bangla punya kerja
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesia, tak byk kampeni rnd ka sampaikan phd holder takleh cari keje?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 9-4-2025 04:27 PM
Cikgu Kimia byk kurang kat sekolah...ke skrg dah terlebih cikgu kimia

Kawan meols abes master dpt keje gomen guna spm.
Lepas tu dia try amek DPLI dan dah abes prektikal. Tp SPP tak pgil interbiu pon. Kalau dpt interbiu pon lom tentu dpt jdi cikgu. Amek Dpli tu yuran 10k utk 3 sem kalau tak silap. Panjang lagi step kwn meols tu nk dpt jdi cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat aku orang yang kerja luar course pengajian adalah gagal.

Macam aku dulu jadi anxiety punca ini...hujung2 kerja sendiri tapi course yang related dengan pengajian.

Tapi aku pernah dengar Guru Kimia aku cerita, memasak pun melibatkan tindakbalas kimia....so pendapat aku okey je...masih dalam course....cuma expand sikit dari typical masakan....contoh buat butter dan keju sendiri atau buat research terhadap makanan yang sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 9-4-2025 10:08 PM
Malaysia ni pekerjaan utk org pandai2 x byk, pekerjaan 3d banyak le, lagi satu anak2 somebody mmg da ...

Kerja 3D memang banyak sebab diorg invest di Malaysia sebab tahu keliling Malaysia banyak negara miskin dan sumber manusia yang banyak....so diorang inverest sebab buruh di Malaysia Underpaid.

Kalau R&D negara Singapore dah sapu dahulu....diorang punya buruh wargaasing pun wajib tamat Sekolah....bukan macam Malaysia yang taker sekolah pun boleh jadi pekerja asing di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 08:38 AM | Show all posts
baik dia belajar dlm bidang perniagaan,habis2 grad je terus berniaga
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:29 AM | Show all posts
wirazam replied at 9-4-2025 04:27 PM
Cikgu Kimia byk kurang kat sekolah...ke skrg dah terlebih cikgu kimia

tp kalau die x masuk bidang pendidikan, cthnye kene jugak p ke institut perguruan utk diserap jd guru..melainkan apply jd cikgu kat private school..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 09:48 AM | Show all posts
Sayangnya ada phd...cuba try minx jadi lecturer kat kolej2 biasa...banyak kolej2 kat malaysia ni even kita sndri xpernah dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 10:00 AM | Show all posts
ni pendpt aku la. majoriti budak2 sambung blajar ni bukan sbb minat pun, tapi sebab diorg dpt peluang so diorg amek je. tu yg course mengarut2 pun diorg amek je.  tekanan dari makbapak dan masyarakat pun iye jugak. tak smbg belajar mcm useless sgt.  sebab tu jugak kite tgk budak2 yg stakat sambung diploma, kolej komuniti, politeknik, diorg senang dpt keje sebab diorang mmg minat dgn bidang yg diorg amek tu berbanding dgn budak2 yg terus masuk uni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 10:00 AM | Show all posts
ni pendpt aku la. majoriti budak2 sambung blajar ni bukan sbb minat pun, tapi sebab diorg dpt peluang so diorg amek je. tu yg course mengarut2 pun diorg amek je.  tekanan dari makbapak dan masyarakat pun iye jugak. tak smbg belajar mcm useless sgt.  sebab tu jugak kite tgk budak2 yg stakat sambung diploma, kolej komuniti, politeknik, diorg senang dpt keje sebab diorang mmg minat dgn bidang yg diorg amek tu berbanding dgn budak2 yg terus masuk uni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo majoring sains maths. sama ada cemerlang jd doktor/ farmasi atau turun skit jd cikgu skolah... jd cgu tiusyen pun ok..
lain² kerja menjurus bidang kita mmg tk byk.
kalo tesl boleh jd editor.
satu je nk ckp. belajar pandai belum tentu pandai mengajar... tu yg ramai jemu n tk sanggup jd cikgu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050437 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list