CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11|Reply: 0

[Sarawak] Jualan amal di Dewan Suarah Miri pada 27 Julai

[Copy link]
Post time 20-5-2025 07:00 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Pusat Sukan dan Rekreasi Wanita Miri Pujut dengan kerjasama Pejabat MYSED Bahagian Miri akan menganjurkan Jualan Amal Garage/Zumba pada 27 Julai di Dewan Suarah Miri, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Orang ramai dijemput menyewa gerai jualan atau berkunjung dan menyokong acara ini.

Gerai berukuran 8 kaki kali 6 kaki berserta meja dan kerusi boleh disewa pada harga hanya RM70, dengan semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada dua badan kebajikan iaitu SADNR (Persatuan Pekak Kawasan Utara Sarawak) dan pusat jagaan anak-anak istimewa yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Miri iaitu Pusat Sunflower.

Acara ini turut menampilkan sesi zumba selama sejam, bermula dari jam 10 pagi dengan yuran penyertaan RM10 seorang.

“Mari bersama-sama menjayakan acara ini demi membantu mereka yang memerlukan.

"Tempahan gerai kini dibuka, rebut peluang ini untuk menyumbang kepada amal,” kata jurucakap penganjur.

Beliau memberitahu, orang ramai yang mahu menempah gerai yang disediakan dan mahu mengemukan pertanyaan berkaitan isu di atas, boleh menghubungi Sherry di talian 012-8537838, Jenny (019-8258922) atau Jean Wong (019-8857198).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046354 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list