CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 1

'Port' ekstrem penuh gaya

[Copy link]
Post time 16-5-2025 07:58 PM | Show all posts |Read mode


Destinasi seperti Taman Cabaran, Putrajaya antara 'port' yang kerap dikunjungi komuniti sukan ekstrem atau sukan lasak sebagai lokasi untuk beriadah.


Menariknya taman rekreasi itu berubah wajah sejak tahun lalu apabila menyertakan penggiat seni grafiti dalam kerja mencantikkan semula kawasan rekreasi terbabit.


Menurut Pengurus Taman Cabaran, Mohd Bazly Mohamad Najib, taman itu mempunyai fasiliti khusus bagi perkembangan sukan berkenaan.


Malah kemudahan di taman terbabit yang terletak dalam kawasan penempatan di Presint 5, Putrajaya itu turut dilitupi pemandangan hijau membuatkan ia sesuai untuk bersantai.


"Sejak taman ini dibuka pada 2009, ia banyak memberi manfaat kepada peminat sukan ekstrem memiliki gelanggang yang sesuai dan selamat.




"Pengunjung yang pernah sampai ke Taman Cabaran, mereka sedia maklum ada tiga tarikan utama di kawasan riadah ini.


"Ia termasuk kompleks Pendakian Dinding Dalaman, Skate Park (kawasan luncur lasak) dan Thrill Park-Laluan Basikal Gunung," katanya.


Tambah Mohd Bazly, taman ini mudah diakses orang awam dengan kadar bayaran berpatutan mengikut aktiviti."Sebenarnya taman cabaran ini boleh dikatakan fasiliti bertaraf Asia dan kompleks pendakian dalaman (berbumbung) direkodkan terbesar di rantau Asia.


"Malah mereka yang mahu menguji trek basikal gunung, boleh merasai pengalaman 'dirt jumping' di taman ini," katanya.  - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Voley la jjcm sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034405 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list