CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tampil sebagai destinasi mampan, kaya budaya, mudah akses pada TMF 2025

[Copy link]
Post time 15-5-2025 07:55 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Buat julung kalinya menyertai Travel Malaysia Fair (TMF) 2025, Sarawak menampilkan tarikannya sebagai destinasi mampan, kaya budaya dan mudah akses kepada warga Singapura serta komuniti ekspatriat menerusi pakej pelancongannya.

Menurut kenyataan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), TMF berlangsung dari 2 hingga 4 Mei di Dewan Ekspo Singapura.

STB berkata Singapura berada dalam lima pasaran antarabangsa utama Sarawak pada 2024 serta sambungan penerbangan terus ke Kuching, Miri dan Sibu, STB memanfaatkan platform itu untuk terus meningkatkan ketibaan pelancong dari negara kota tersebut.

Sarawak Pavilion menampilkan lima wakil jualan termasuk agensi pelancongan terkemuka seperti Meidi Travel Solutions, Singatour dan EU Holidays, yang menawarkan pakej pelancongan sesuai dengan fokus kepada ekopelancongan, budaya dan pengembaraan Sarawak.

Ruang itu turut menjadi lokasi strategik bagi sesi jaringan bersama ejen pelancongan Singapura, bertujuan mengukuhkan kerjasama masa depan serta pembangunan produk pelancongan.

“Singapura sentiasa menjadi pasaran yang penting bagi kami. Penyertaan kami menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti pelancongan Singapura dan kembali berhubung dengan pasaran matang yang menghargai alam semula jadi, warisan dan kemudahan.

Kehadiran yang memberangsangkan daripada pelancong Singapura di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 yang disokong oleh penerbangan terus membuktikan kekuatan hubungan ini dan potensinya untuk berkembang lebih jauh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor.

STB yakin bahawa usaha pemasaran yang diperbaharui, kerjasama strategik yang lebih kukuh dan peningkatan sambungan udara, termasuk 14 penerbangan mingguan yang dikendalikan oleh Scoot akan terus merangsang momentum.

Penyertaan itu juga memperkukuh kejayaan kempen kerjasama terdahulu seperti Tripartite Campaign Agreement 2024 antara STB, Scoot dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), yang mengukuhkan kehadiran Sarawak sebagai destinasi bleisure (gabungan perniagaan dan percutian) serta ekobudaya di pasaran Singapura.

Ketika Sarawak terus menarik minat pelancong yang menghargai pengalaman pelancongan bertanggungjawab dan mendalam, acara seperti TMF 2025 menjadi platform penting untuk mengekalkan keterlihatan, membina jaringan kerjasama dan menempatkan Bumi Kenyalang sebagai pintu masuk Malaysia ke Borneo.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.037985 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list