CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31|Reply: 0

[Sarawak] Amal kebersihan tangan sebagai tabiat harian cegah penyakit

[Copy link]
Post time 15-5-2025 07:54 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Orang ramai diseru untuk mengamalkan kebersihan tangan sebagai satu tabiat harian, sama ada di rumah mahupun dalam persekitaran penjagaan kesihatan, bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu berkata, amalan mencuci tangan harus dijadikan sebahagian daripada rutin kehidupan seharian.

"Jika ia dijadikan satu tabiat, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa, kita akan dapat melihat penurunan dalam kes penyakit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Seminar Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Hospital Sibu, hari ini.

Menurutnya, semasa pandemik COVID-19 kepatuhan orang ramai terhadap amalan kebersihan dan pemakaian pelitup muka telah menyumbang kepada penurunan ketara penyakit seperti influenza dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

"Ini membuktikan bahawa tindakan mudah seperti mencuci tangan dan memakai pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan dengan signifikan," ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa risiko jangkitan di hospital adalah lebih tinggi berikutan kehadiran pelbagai organisma virus dan bakteria.

"Tanpa kebersihan tangan yang betul, pekerja penjagaan kesihatan mungkin secara tidak sengaja menyebarkan kuman berbahaya kepada pesakit mahupun kepada diri sendiri," jelasnya.

Katanya Hospital Sibu terus memperkukuh langkah-langkah pencegahan khususnya pada waktu-waktu berisiko tinggi.

Sempena program itu, Hospital Sibu turut menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan video berkaitan kebersihan tangan yang melibatkan semua peringkat kakitangan, daripada doktor dan jururawat hingga kakitangan sokongan.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Vivek Vijayan yang mewakili Pengarah JKNS Dr Veronica Lugah, Timbalan Pengarah 1 Hospital Sibu Dr Nizam Ishak dan Koordinator Kawalan Infeksi Negeri JKNS Matron Molly Hafsah Jemat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list