CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

[Sarawak] SEDCE tandatangani LoI untuk teroka, kenal pasti kaedah kurangkan kos pengangkutan hidrogen

[Copy link]
Post time 15-5-2025 07:45 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: SEDC Energy (SEDCE), anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menandatangani Surat Hasrat (LoI) untuk meneroka dan mengenal pasti kaedah-kaedah praktikal mengurangkan kos pengangkutan hidrogen dengan NGLTech Sarawak Sdn Bhd.

Menurut kenyataan dikeluarkan SEDC hari ini, NGLTech merupakan syarikat kejuruteraan dan pembangunan teknologi yang diperbadankan di Malaysia, menyedikan perkhidmatan kejuruteraan termasuk penyelesaian siap guna untuk teknologi  hartanah dan sistem proses bagi industri minyak & gas serta yang berkaitan.

LoI itu katanya meliputi perintis medan sistem IsobaricGT™nya, yang direka untuk memindahkan 50 kilogram hidrogen setiap kitaran pada 200 bar (ukuran untuk tekanan).
Perintis ini akan berfungsi sebagai bukti konsep untuk menunjukkan kebolehlaksanaan teknikal dan operasi sistem dalam keadaan dunia sebenar.

Pengerusi Eksekutif NGLTech Sarawak Datuk Justine Jinggut berkata ini adalah platform bagi kedua-dua pihak mempamerkan kecekapan sistem berbanding sistem pemindahan gas hydrogen pemampat-penyejuk konvensional dengan menawarkan penggunaan tenaga yang lebih rendah, masa pemindahan lebih cepat, dikurangkan kerumitan infrastruktur dan keperluan penyelenggaraan yang jauh lebih rendah.

“Pasukan teknikal kami diketuai rakyat Malaysia telah memperkenalkan sistem ini. Dengan SEDCE sebagai peneraju bagi inisiatif-inisiatif hidrogen dalam negara, sistem kami akan melengkapkan logistik bagi rantaian nilai hidrogen.

“Kami amat yakin, dengan kerjasama atau perkongsian ini, kami boleh menerokai dengan lebih mendalam untuk menyediakan data prestasi yang boleh diukur, keselamatan dan kebolehskalaan yang akan membimbing IsobaricGT™ penggunaan sistem pada masa depan. Mungkin di luar Sarawak dan Malaysia,” kata Justine.

Asian Development Bank yang diterbitkan pada April 2025, mengenai Penilaian Kesediaan Peralihan Tenaga untuk Membangun Asia dan Pasifik melaporkan mewujudkan industri hidrogen hijau pada skala kos pengeluaran 2024 akan memerlukan pembiayaan konsesi yang luas serta bantuan geran daripada sumber pelbagai hala dan dua hala.

Ia juga melaporkan sokongan dan insentif untuk hidrogen hijau serta rendah karbon adalah pemacu utama untuk pelepasan hidrogen hijau.

Mengulas mengenai LoI itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEDCE Robert Hardin berkata kajian dan kerjasama itu bertujuan mengurangkan kos hidrogen hijau terutama berkaitan pengangkutan serta pemindahan hidrogen termampat untuk aplikasi tempatan dan serantau.

“Kita perlu mempromosikan kemajuan keupayaan kejuruteraan tempatan berkaitan hidrogen, memupuk pertumbuhan dalam teknologi hidrogen Sarawak dan Malaysia melalui aplikasi serta peningkatan inovasi tempatan.

“Penyertaan teknologi tempatan adalah antara langkah utama dalam mengurangkan kos,” kata Robert.

Ditubuhkan pada 2019, SEDCE telah berada di barisan hadapan dalam memacu rantaian nilai hidrogen Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.038226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list