CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25|Reply: 0

[Sarawak] Laluan Bintulu Marathon 2025 akan merentasi Jambatan Jepak Bintulu

[Copy link]
Post time 15-5-2025 07:40 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Bintulu Marathon 2025 akan membawa pengalaman menarik yang memahat memori indah kepada para peserta apabila berpeluang melalui laluan baharu merentasi Jambatan Jepak Bintulu yang ikonik sepanjang tujuh kilometer (km) dalam perlumbaan yang berlangsung pada 3 Ogos tahun ini di Bintulu.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari berkata, ribuan pelari dari seluruh negara dan luar negara akan menyertai perlumbaan maraton untuk tahun ketiga yang terus berkembang di Malaysia Timur ini.

Dengan menyasarkan penyertaan 7,000 peserta katanya, setakat ini seramai 5,000 telah mendaftar dalam acara itu yang merupakan anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bersama Pejabat Residen Bahagian Bintulu sebagai penasihatnya, Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) selaku rakan kongsi strategik edisi 2025 dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

"Ia menjanjikan pengalaman perlumbaan bertaraf dunia dengan penambahbaikan laluan baharu, kemudahan pelari dipertingkatkan dan kategori perlumbaan diperluas untuk acara maraton penuh 42km, separuh maraton (21km), larian kompetitif 10km dan larian santai keluarga 6km," katanya dalam sidang media di Wisma Bintulu BDA petang semalam.

Katanya, penganjuran Bintulu Marathon pada tahun ini bukan sahaja untuk menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga untuk menonjolkan budaya unik Bintulu, keindahan alam semula jadi dan komuniti yang bersemangat.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan pelari dari semua peringkat untuk merasai layanan dan tenaga yang diberikan bagi menjadikan acara ini benar-benar istimewa," tambahnya.

Menurutnya, acara yang bertemakan 'Blaze Through Borneo's Heartland' menawarkan hadiah wang tunai RM7,000 untuk juara maraton penuh kategori terbuka, diikuti RM3,000 untuk juara veteran selain hadiah untuk peserta kedua hingga ke-10.

Sementara itu, hadiah wang tunai RM1,700 hingga RM200 untuk juara terbuka, RM1,400 hingga RM150 veteran dan RM1,000 hingga RM100 untuk peserta Sarawak khusus kategori separuh maraton.

Kategori 10km kompetitif pula untuk juara hingga tempat ke-10 menerima RM1,000 hingga RM100 dan semua peserta yang berjaya menamatkan larian turut menerima pingat dan e-sijil.

Muhamad Yakup berkata, antara sorotan menarik acara ini adalah peserta akan melalui laluan pesisir pantai dan bandar Bintulu yang cantik serta mercu tanda baharu Jambatan Jepak dengan perlumbaannya lebih mesra alam dan mampan, gerai makanan yang dipertingkatkan, reruai penaja serta persembahan seni, baju dan pingat yang direka untuk mencerminkan keunikan Bintulu.

Pendaftaran kini dibuka di Checkpoint Spot Asia- https://checkpointspot.asia/event/bintulu-marathon-2025 dan Heyjom- https://www.heyjom.com/event/Bintulu-Marathon-2025 dengan kadar tersedia sehingga 31 Mei dan peserta digalakkan mendaftar awal.


Keterangan lanjut mengenai acara terbabit boleh hubungi Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) BINDA BDA atau pengarah acaranya Awangku Mohd Sharifuddin Awangku Ahmad di talian 019-8847889 atau e-mel ke marathonbintulu@gmail.com ataupun layari media sosial Facebook Bintulu Marathon, Instagram bintulu.marathon, TikTok bintulu.marathon dan Hashtag #BintuluMarathon2025 #BM2025#bintulumarathon.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044571 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list