CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Johor] Penduduk sekitar Sungai Batu Pahat diminta waspada kemunculan buaya

[Copy link]
Post time 13-5-2025 08:09 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menggesa penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Batu Pahat supaya lebih berwaspada susulan kemunculan tiga ekor buaya dalam tempoh seminggu, minggu lepas.

Pengarahnya Aminuddin Jamin berkata antara kawasan terlibat termasuk Kampung Parit Gantong dan Kampung Parit Lapis yang terletak berdekatan sungai tersebut, yang juga merupakan habitat semula jadi reptilia berkenaan.

Menurut beliau, kemunculan haiwan pemangsa itu dipercayai berkait dengan musim mengawan yang menyebabkan ia naik ke daratan untuk membina sarang dan bertelur.

"Buaya akan menjadi lebih agresif dalam tempoh ini kerana bertindak melindungi telur yang diletakkan di sarang.

"Sekiranya penduduk terserempak, mereka dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.

"Walaupun serangan buaya jarang berlaku di Johor, orang ramai tetap perlu berwaspada," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aminuddin berkata pihaknya kini giat menjalankan pemantauan di kawasan sekitar Sungai Batu Pahat termasuk tebing sungai dan penempatan berhampiran bagi mengelakkan sebarang insiden.

Katanya tiga ekor buaya telah berjaya ditangkap minggu lepas di kawasan tebing dan berpaya sungai itu sebelum dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat dan jauh daripada kawasan penduduk.

Sebelum ini, media melaporkan seekor buaya seberat 410 kilogram ditangkap pasukan bomba bersama penduduk di kebun sawit, Rabu lalu (7 Mei), manakala dua lagi ditangkap pada Jumaat (9 Mei).

Salah seekor buaya ditemui dalam bilik air sebuah rumah, manakala seekor lagi ditangkap berhampiran sarang yang mengandungi lebih 50 biji telur.

Penduduk turut melaporkan seekor kambing ternakan mati disyaki dibaham buaya dengan bangkai haiwan itu ditemui kira-kira 20 meter dari tebing sungai.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list