CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pelajar kolej maut, rakan perempuan parah motosikal terbabas

[Copy link]
Post time 13-5-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode


Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Ayer Keroh-Senawang di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Azmi Ali berkata dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, remaja lelaki berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata rakannya yang juga pembonceng berusia 15 tahun pula cedera parah di tangan serta kaki dan sedang mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Rembau.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke sebuah kolej di sini.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke lorong kecemasan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.039442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list