CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 4

[Tempatan] Warga emas makan dengan ahli keluarga 'ghaib' undang sebak

[Copy link]
Post time 9-5-2025 11:28 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM – Gelagat seorang lelaki warga emas yang dilihat makan bersendirian sambil berbual dengan kerusi-kerusi kosong di sebuah restoran di sini mengundang rasa sebak dalam kalangan pelanggan lain yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Menurut satu perkongsian di Facebook menerusi kumpulan Pakar Diari Hati, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.30 malam ketika seorang pengguna dan keluarganya menjamu selera selepas membeli barangan sekolah anak-anak.

“Kami ternampak seorang pak cik menyusun pinggan, cawan dan kerusi dengan sangat teratur. Lama-kelamaan, kami perasan dia menyediakan lapan set hidangan lengkap termasuk lapan teh ais.

“Apabila makanan sampai, dia makan bahagian dirinya dan kemudian berbual dengan kerusi di sebelah, seolah-olah sedang makan bersama keluarga. Isteri saya terus menangis, kami semua sebak,” tulis pengguna berkenaan.


Tambahnya lagi, anak-anak mereka turut menunjukkan reaksi sedih melihat gelagat lelaki itu yang makan sambil berbual sendiri tanpa seorang pun menemani di meja makan.

Difahamkan, warga emas itu sering berkunjung ke restoran berkenaan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu, dan setiap kali akan membuat pesanan untuk lapan orang.

“Dia akan susun semuanya sendiri dengan teratur dan tetap bayar penuh, walaupun makan seorang diri,” kata seorang pekerja restoran.

Pekerja itu turut memaklumkan bahawa lelaki berkenaan seorang yang sangat teliti serta tidak teragak-agak menegur sekiranya terdapat kekurangan dalam hidangan, walaupun hanya segelas air.

“Dia bukan orang kurang siuman. Pakaian dia sentiasa kemas, siap pakai pelitup muka. Kita tidak tahu kisah hidup yang dia lalui, tetapi jelas dia seorang yang pernah kehilangan orang tersayang,” katanya.

Peristiwa itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa simpati, selain menjadikan ia sebagai peringatan bahawa kehilangan insan tercinta boleh meninggalkan kesan mendalam, meskipun telah lama berlalu. - SINAR HARIAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak sebak2 apo tah2 dia ada anak bunian. Warga nusantara kan suka cerita2 mistik ni, so imagine jela begitu. Hidup pakcik ni bahagia je kot mcmtu,yg korg plak nk into the scene dah kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
takkan lah sorg pun ahli keluarga dia tak perasan dia pegi mana
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kohkohkoh....dah macam aku dengan nenek moyang aku.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa dulu dh pernah baca kes pakcik ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.114891 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list