CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 2

9 calon tanding Naib Presiden PKR, Timbalan Presiden belum ada pencalonan

[Copy link]
Post time 9-5-2025 08:42 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Sembilan pemimpin sudah mengesahkan pencalonan setakat jam 11 malam tadi bagi perebutan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.


Mereka termasuk tiga penyandang jawatan iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari yang turut mengumumkan hasrat mempertahan jawatan masih belum mengemuka pencalonan malam tadi.


Turut sudah mengemukakan pencalonan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, R Ramanan; Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan; Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Senator Abun Sui Anyit dan bekas EXCO Selangor, Hee Loy Sian.


Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, belum ada mana-mana pemimpin mengemukakan pencalonan dengan jangkaan saingan akan berlaku bagi perebutan jawatan nombor dua parti.


Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), seramai 62 pemimpin sudah mengemuka pencalonan mereka termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim; bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta pengarah dan pelakon, Hans Isaac.


Turut mengemuka pencalonan, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Naib Presiden yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.


Nama lain yang sudah mengemuka pencalonan, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar ; Ahli Parlimen Gopeng, Tah Kar Hing serta Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh serta EXCO Selangor, Najwan Halimi dan Dr Fahmi Ngah.


Bagi saingan sayap, hanya penyandang Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan Timbalan Ketua Wanita, Juwairiyah Zulkifli sudah mengemukakan pencalonannya.


Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, lima pencalonan diterima sementara 40 pencalonan bagi jawatan EXCO wanita.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengumumkan akan sekali lagi mencabar Fadhlina, mengulangi saingan pemilihan 2022.


Sementara, untuk sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK), tiada pencalonan diterima bagi jawatan Ketua AMK biarpun penyandang Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim sudah menyatakan hasrat bertanding jawatan itu kali ini.


Satu pencalonan pula diterima bagi jawatan Timbalan Ketua AMK iaitu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Izuan Kasim, sementara 10 pencalonan sudah diterima bagi jawatan Naib Ketua AMK dan 49 calon bagi EXCO AMK.


Tempoh pencalonan bagi semua jawatan pimpinan pusat ini akan dibuka hingga tengah malam hari ini, dengan proses pengundian pula akan berlangsung pada 23 Mei ini, sempena Kongres Keadilan Nasional 2025 di Johor Bharu, Johor.


Sumber  – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap apa beza naib dgn timbalan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M: Jap apa beza naib dgn timbalan ...


dalam Pkr ada 1 timbalan presiden… 4 naib presiden..timbalan tugas bawah presiden..ganti kalau presiden busy dan buat kerja2 rapat dengan presiden..naib yg lagi 4 orang pulak bawah timbalan presiden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048505 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list