View: 971|Reply: 17
|
Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad nafi dakwaan Shima - "Dia terima royalti empat kali sejak 2023"
[Copy link]
|
|
Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad menafikan dakwaan penyanyi 'senior', Shima berhubung isu bayaran royalti yang dikatakan belum diterima daripada badan terbabit sejak mendaftar sebagai ahli, kira-kira empat tahun lalu.
RPM mendakwa sudah mengagihkan bayaran royalti sebanyak empat kali kepada penyanyi yang popular dengan lagu Teringin itu, sejak Ogos 2023.
Bagaimanapun, RPM tidak mendedahkan jumlah bayaran royalti yang diterima Shima.
"RPM tidak boleh mendedahkan jumlah royalti ahli. Namun, jumlah disebut (kadar royalti yang didakwa diterima Shima) adalah tidak wajar. RPM telah mengagihkan royalti sebanyak empat kali kepada Shima dengan bayaran terkini pada Disember, tahun lalu.
"Semua bayaran dibuat melalui akaun bank penyanyi terbabit dan kami ada bukti transaksi (bayaran) kepada setiap ahli. RPM tidak pernah menganaktirikan sesiapa dan layanan diberikan sama rata terhadap semua ahli," kata kenyataan RPM kepada BH Online.
RPM mengulas kenyataan Shima yang mendakwa hanya menerima royalti sekali sejak menjadi ahli badan itu dengan anggaran RM2,000 seperti yang dilaporkan BH, semalam.
Dalam laporan itu, Shima atau nama sebenar, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 56, memetik nama komposer lagu Teringin, iaitu Fauzi Marzuki yang didakwa menerima royalti setiap tahun, sedangkan sebagai penyanyi single popular berkenaan, dia hanya mampu menggigit jari.
Shima dilapor mendakwa cuba menghubungi RPM untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu royalti, namun, gagal.
Pada 2023, Shima dilapor pernah membangkitkan isu sama kepada kepimpinan RPM. Ketika itu, Shima mendakwa dimaklumkan oleh pengurusan RPM bahawa badan itu sedang mengumpul maklumat daripada stesen radio dan pusat karaoke berhubung penggunaan karya dihasilkan penyanyi terbabit, sebelum kadar royalti ditetap dan diagihkan.
RPM dalam kenyataan menambah, pihaknya menghubungi Shima pada 2023 bagi memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu royalti dibangkitkan.
"Shima sudah ambil maklum dan beritahu akan menjelaskan isu berkenaan kepada media. Kami anggap isu ini (bayaran royalti) sudah selesai," katanya.
Mengenai dakwaan Shima konon Fauzi menerima royalti setiap tahun, RPM menjelaskan:
"Fauzi menjadi ahli RPM sejak 2014 dan beliau terbabit dalam penghasilan pelbagai lagu lain. Bayaran royalti adalah mengikut pembabitan ahli dalam sesebuah lagu.
"Setiap tahun, laporan penggunaan (lagu) berbeza. Lagu diputarkan tidak sama setiap hari, inikan pula setiap tahun. Jumlah setiap lagu juga berbeza bagi setiap tahun.
"Banyak lagu baharu dikeluarkan setiap tahun. Oleh itu, royalti juga turut berbeza bagi setiap ahli untuk setiap tahun," katanya.
Bagi memastikan ahli mendapat maklumat sahih, RPM memberi pencerahan mengenai prosedur kiraan royalti dan bagaimana agihan dibuat kepada ahli.
"RPM meminta ahli untuk mendaftar lagu. Namun, pendaftaran lagu bukan bererti setiap lagu akan diputarkan. Pembayaran royalti adalah mengikut penggunaan lagu. Jadi, ahli tidak boleh anggap semua lagu yang didaftar akan dibayar.
"Jika lagu diputarkan di stesen radio dan pusat karaoke, pengurusan stesen radio dan karaoke perlu memastikan laporan yang diserahkan kepada RPM ada rekod atau maklumat penggunaan lagu terbabit," katanya.
Mengenai dakwaan RPM sukar dihubungi, badan terbabit menyangkal tuduhan Shima dengan menyatakan mereka tidak pernah menerima panggilan daripada penyanyi terbabit.
Malah dakwa RPM, mengikut rekod, Shima tidak pernah menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) badan berkenaan.
"RPM tidak pernah dapat panggilan daripada Shima. Pejabat RPM sentiasa beroperasi seperti biasa. Waktu pejabat tertera di laman sesawang RPM.
"Setiap pekeliling dikeluarkan, kami akan e-mel kepada semua ahli RPM tanpa pilih kasih. RPM juga ada rekod keluar masuk hantaran e-mel. Sekiranya ahli tiada e-mel, RPM akan hantar melalui pos.
"Setakat ini, Shima belum pernah menghadiri mesyuarat agung tahunan RPM. Kami ada rekod kehadiran yang perlu ditandatangani setiap ahli hadir," katanya.
Mengenai kekecewaan Shima yang mendakwa tidak mendapat jemputan menghadiri jamuan hari raya anjuran RPM, badan itu menjelaskan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu kerana undangan dibuat melalui media sosial rasmi RPM.
"RPM hantar jemputan jamuan raya melalui media sosial secara umum. Perkara ini bukan paksaan, tetapi semua ahli dijemput hadir.
"Kami juga tidak pernah beri dan tidak ada peruntukan untuk salur bantuan atau sumbangan kebajikan ahli seperti yang didakwa," katanya.
Sumber – BH |
|
|
|
|
|
|
|
Muka kaka Shima lebam cam perempuan merokok.
Orang umur cam ni kulit lembut lembut.
Ini nampak keras.
Features muka dia lawa lagi, just kulit tu nampak keras, letak makeup cam tampal pada kertas.
Hagaknya lah.
But knowing artis Malaysia ni nak nak hat pompan, semua kaki merokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Bercapuk & tebal betholl make up heshe. Nampak cam pondan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
gigih ya shima ni live nyanyi malam2 di TT sambil menunggu gift.
refer pada foto di atas...kuss semangat ...beza betul kaler bahu dgn leher..mekap sendiri pakai berus cat gamaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
problematic dari muda membawak ke tua... elok2 pakai tudung labuh jual makanan, terus bukak tudung alasan migrain... hujung2 live tiap2 malam karaoke sampai ke subuh mintak gifts. she masih ingat she rockstar ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Omakkauuuu terkejot aku ingat poster the conjuring yg terbaruuu.....
Even gambo ni recycle pon tetap aiolss terkejut yer |
|
|
|
|
|
|
|
sayang betul la dia ni, Kalau pengurusan diri n kerjaya tu betul, maybe she oll mampu mendonia balik n diiktiraf as legend mcm Ella rasaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
udah2 ler nenek ni.. aku ni peminat dia dari zaman muda dolu tp da start ignore dia since dia xleh pakai tudung sbb migrain! hukum Allah yg ko ketepikan dengan alasan mcm tu je ek.. sblm ni kemain bertudung labuh kununnn |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahh dia neh..fauzi marzuki tu composer .byk lagi royalti lagu2 dia yg lain .bukan satu lagu kegersangan ko tu je acik |
|
|
|
|
|
|
|
Hodohnya makeup  |
|
|
|
|
|
|
|
alaaahh
sesekali je pun rasa teringin dah kata kegersangan

|
|
|
|
|
|
|
|
ya Tuhan sape mekap dia neh |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 legend.. make up pn legend.. |
|
|
|
|
|
|
|
siyel tau letak gambar tema badutttt...
udahlah nek shima oiii... mesyuarat agung pun sekali tak penah dtg... jamuan raya nak pulak pegi yerr... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ada 100, daftar 1 lagu je lepastu sendu, expect apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni desparate nak duit.juat come back pun still sendu. Dia ingat dia masih top mcm dulu2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|