CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

[Johor] TUDM siasat insiden Hawk tergelincir, pastikan pesawat selamat - Mohamed Khaled

[Copy link]
Post time 9-5-2025 07:23 AM | Show all posts |Read mode


MOHAMED Khaled (tengah) merasmikan Majlis Peluncuran Projek Jana Veteran Boustead Plantations Berhad di Ladang Telok Sengat. FOTO Najmi Nor’Azam.

Kota Tinggi: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah memulakan siasatan bagi memastikan tahap keselamatan semua pesawat pejuang jenis Hawk, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, ia susulan insiden di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, kelmarin apabila sebuah pesawat itu yang dalam latihan sempena LIMA'25 tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah, kelmarin.

"Insiden pesawat pejuang jenis Hawk yang tergelincir di Alor Setar tidak membabitkan sebarang kecederaan fizikal (dan) TUDM memulakan siasatan untuk pastikan keselamatan kesemua pesawat pejuang Hawk berkenaan.

"Terpulang pada TUDM berapa lama tempoh siasatan akan mengambil masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Jana Veteran Boustead Plantations Berhad di Ladang Telok Sengat, di sini, hari ini.

Selasa lalu, TUDM dilapor mengesahkan sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 208 miliknya tergelincir dari landasan LTSAH selepas mengalami masalah pada gear pendaratan hadapan (nose landing gear) ketika melakukan pendaratan.

Dalam kenyataan rasminya, TUDM dilapor memaklumkan insiden berlaku kira-kira 5 petang ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan Opening Gambit sebagai persiapan acara pembukaan LIMA '25.

Bagaimanapun juruterbang pesawat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebelum ini, Malaysia dilapor memiliki dan menggunakan pesawat pejuang Hawk MK108/MK208 sejak 1994 dan 1995.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049908 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list