CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

[Sarawak] Festival Borneo Antarabangsa 2025 - Edisi Sarawak pada 17-18 Mei

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:30 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Festival Borneo Antarabangsa (International Borneo Festival) 2025 - Edisi Sarawak yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mei ini tidak hanya mempromosikan produk tradisional Borneo tetapi busana moden dengan reka bentuk etnik di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Festival Borneo Antarabangsa - Edisi Sarawak Dr Darren Augustine berkata  penganjuran kali ini juga bertujuan memelihara dan mempromosikan tradisi dan warisan budaya etnik bagi Membawa Borneo Kepada Dunia.

“International Borneo Festival (IBF) 2025- Edisi Sarawak akan menganjurkan pertandingan bagi kategori Miss Ambassadors dan  Mister Ambassador bagi peserta berusia 18 hingga 30 tahun dan Little Miss Ethnic Gawai bagi kanak-kanak serta remaja berumur lima hingga 16 tahun,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Beliau berkata peserta pertandingan terdiri daripada anak jati Sarawak dan Sabah dan bersaing di peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Kuching.

Menurutnya, pemenang bagi kategori Miss Ambassador dan Mister Ambassador IBF 2025 - Esidi Sarawak di peringkat separuh akhir akan mewakili Sarawak bersaing dengan pemenang kategori sama IBF 2025 - Edisi Sabah di Kota Kinabalu pada 2 Jun 2025.

“Semua pemenang dari Sarawak dan Sabah akan bertanding semula untuk ke Pusingan Akhir di London, United Kingdom pada hujung tahun ini (kemungkinan Oktober atau November) untuk dinobat sebagai Miss Ambassador dan Mister Ambassador IBF London Tahun 2025.

“Sebagai alumni IBF dan Finalis London 2018, kami selaku penganjur berbesar hati untuk memaklumkan kejayaan acara ini selama enam tahun berturut-turut (2018, 2019, 2020/2021, 2023 dan 2024).

Sementara itu bagi pertandingan merebut gelaran Little Miss Ethnic Gawai 2025, Darren berkata ini merupakan edisi kedua penganjurannya dengan kerjasama tHe Spring (Kuching), sempena sambutan Gawai Dayak.

Pertandingan yang bertujuan meraikan keunikan budaya, kreativiti dan keyakian terbuka kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyertai Kategori A (lima hingga 10 tahun) dan Kategori B (11 hingga 16 tahun).

Para peserta akan naik ke pentas memakai pakaian etnik yang cantik sambil mempamerkan keanggunan dan daya tarikan masing-masing.

Orang ramai boleh melayari akaun rasmi Facebook International Borneo Festival -Sarawak Edition atau Instagram ibfsarawak untuk mendapat keterangan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list