CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 6

Air mata Shiha Zikir gugur bertemu Mat Over, wajahnya mirip dengan arwah bapa

[Copy link]
Post time 6-5-2025 08:18 PM | Show all posts |Read mode


PENYANYI Shiha Zikir tidak dapat menahan sebak apabila bertentang mata dengan pelakon Mat Over yang mirip dengan wajah Allahyarham bapanya iaitu Mohd Zikir.


Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, dia mengajak Mat Over muncul dalam muzik video lagu terbaharunya berjudul Renjana kerana kesamaan wajah yang dimiliki dengan arwah bapanya.


"Bila sampai set penggambaran, saya jumpa pelakon yang pegang watak arwah abah. Ya Allah sangat mirip. Kebetulan saya juga mirip arwah anak dia.


"Dua-dua orang menangis bila jumpa tadi. Rindu abah sangat-sangat. Terima kasih banyak abang Mat Over terima pelawaan saya jadi watak abah... sangat mirip," katanya.


Shiha berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memaparkan beberapa foto bersama arwah bapanya.


Menurut Shiha, air matanya tidak berhenti mengalir apabila bergandingan dengan Mat Over meskipun membawa mood gembira di dalam muzik video itu.




Kata Shiha, dia terimbau kembali hasrat bapanya yang sememangnya mahukan dia bergelar seorang penyanyi.


"Scene gembira tapi termenangis juga. Rindunya… arwah abah nak sangat tengok Shiha jadi penyanyi sebab dia ajar menyanyi dari kecil.


"Arwah meninggal hari Jumaat malam. Sedangkan Shiha dah janji nak balik kampung ambil abah ke KL hari Jumaat pagi," ujarnya.




Jelas Shiha, lagu Renjana mengambil inspirasi dari kisah hidupnya bersama arwah bapanya.


"Lagu ini sangat bermakna dalam hidup Shiha. Lagu ini saya gubah sendiri berkisahkan tentang kisah hidup saya dengan arwah abah," kongsinya.


Untuk rekod, bapa Shiha meninggal dunia pada tahun 2008. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 08:20 AM | Show all posts
Shiha berdoa...
Shiha Zikir
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:33 AM | Show all posts
shiha nie ada bakat tp tuelah tak famous je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:43 AM | Show all posts
shiha ni full package talent, boleh nyanyi, berlakon, komedi, hosting, menari pun power, boleh produce persembahan, team pun bagus, rupa pun boleh lah polish polish comel la jugak macam Rossa... cuma dia bukan 'wow'punya nak tengok atau dengar berkali-kali...and tak pernah nampak management dia push promo kaw kaw macam team Ayda Jebat ke, Ernie ke, Aina ke, etc. Tak beli ads kat social media, kadang macam kesian pun ada. Tapi nampak la she try so hard sell up herself, aktif social media segala bagai, rajin reply komen fans.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel shiha masa kecik
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:58 AM | Show all posts
KamikuP replied at 7-5-2025 08:20 AM
Shiha berdoa...
Shiha Zikir

fattah amin....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2025 08:58 AM | Show all posts
cutie shiha kecik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048137 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list