CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 17

[Tempatan] Dua bersaudara maut lemas akibat beg plastik

[Copy link]
Post time 5-5-2025 07:29 PM | Show all posts |Read mode


KLANG: Kematian seorang wanita dan anak saudaranya yang dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah di Semenyih, bulan lalu berpunca lemas akibat beg plastik.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh kes itu mengikut Seksyen 302 Keseksaan selepas menerima laporan bedah siasat jabatan forensik hospital yang dijalankan ke atas mayat dua mangsa berkenaan.


“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan ‘plastic bag suffocation’ (lemas akibat bag plastik).


“Bagaimanapun siasatan lanjut kes berkenaan masih sedang diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.


Tambah Mohd. Zaini, polis setakat ini belum membuat sebarang tangkapan individu bagi kes berkenaan.


Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bau busuk yang dihidu dari sebuah rumah membawa kepada penemuan dua mayat dipercayai menjadi mangsa pembunuhan pada 25 April lalu.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan pihaknya menerima laporan pukul 8.43 malam daripada seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang juga adik lelaki mangsa.


Pengadu mengesyaki bau mencurigakan itu selain mendapati kakaknya berusia 53 tahun yang tinggal bersama anak saudara lelaki berusia 25 tahun tidak kelihatan hampir 10 hari di kawasan tersebut.


Hasil bedah siasat mendapati punca kedua-dua mangsa meninggal dunia selama lebih tujuh hari. Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan penggeledahan dan rumah itu dalam keadaan berkunci dari dalam. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kolombo..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Errr b*n*h diri ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:15 AM | Show all posts
Hasil bedah siasat mendapati punca kedua-dua mangsa meninggal dunia selama lebih tujuh hari. Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan penggeledahan dan rumah itu dalam keadaan berkunci dari dalam



7 hari???
oh my
mau dh pecah perut, leleh2 habis
dgn maggot ape semua

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:17 AM | Show all posts

klu suicide dah close case dah
ni siasat bwh 302
kes bunuh


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
seram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2025 10:19 AM | Show all posts
Seminggu dah meninggal mau berulat2 dah mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:25 AM | Show all posts
bunuh diri ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 10:34 AM | Show all posts
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan ‘plastic bag suffocation’

bukan benda ni hanya boleh speculate, maybe kalau ada jumpa beg plastik sebelah mayat ka. Bedah siasat boleh tau to that detail ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:35 AM | Show all posts

no way.

cuba ko try bunuh diri dengan tutup hidung nanti sendiri yang akan meronta2.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 11:57 AM | Show all posts
scaryyy...

main bunuh2 gitu je zaman skrg ni..

bangsa apa mangsa ni..
Rumah jenis apa diorg duduk ni.. mesti bau busuk tu dah travel ke kejiranan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:03 PM | Show all posts
bile baca kes ni teringat kes pegawai yg kne ikat cable kt opis tu.. kes tu masih berjalan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan tak packaging plastik sesetengah barang zaman sekarang sudah siap ditebuk lubang. Tujuan utk elakkan kanak-kanak lemas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-5-2025 12:30 PM
Perasan tak packaging plastik sesetengah barang zaman sekarang sudah siap ditebuk lubang. Tujuan utk ...

Plastik barang kt pasaraya kt umh i ni plastik tebal mmg i simpan utk guna bungkus sisa dapur. Tp ada satu pasaraya ni plastik dia mesti ada bocor kt bawah. Nmpknya ada function juga la diorg wat mcm tu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah mcm citer movie.. so real
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 05:58 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-5-2025 12:15 AM
7 hari???
oh my
mau dh pecah perut, leleh2 habis

mayat 8 jam dah start lebam dan kembung
yang umur 50 lagi mereput cepat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 06:03 PM | Show all posts
Semoga ada cctv di kejiranan yang captured something. Tengok sapa ada datang rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 7-5-2025 01:11 AM
gigahertz replied at 6-5-2025 05:58 PM
mayat 8 jam dah start lebam dan kembung
yang umur 50 lagi mereput cepat.


Betul la acik kepam kata.....dah nak mereput...bau tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047262 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list