CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 4

[Tempatan] Penyeludupan dadah ke Kedah meningkat - Saifuddin Nasution

[Copy link]
Post time 4-5-2025 05:46 PM | Show all posts |Read mode


RANTAU PANJANG: Penutupan pangkalan haram dan penguatkuasaan larangan merentas sempadan melalui laluan berkenaan di Kelantan sejak 1 Disember lalu, menyaksikan penyeludupan dadah ke Kedah pula meningkat.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dadah berkenaan antara lain dipercayai diseludup masuk ke Kedah melalui kuala, termasuk Kuala Sanglang.


"Di Kelantan, kita sudah menutup 212 pangkalan haram dan pada masa sama, menguatkuasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen dengan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram akan ditangkap.


"Hasilnya, pergerakan melalui pintu masuk tidak sah telah menurun secara mendadak. Data sebelum ini menunjukkan hingga 5,000 penduduk menggunakan pangkalan haram setiap hari, namun kini menurun kepada 50 orang saja.


"Saya meminta momentum ini dikekalkan kerana kita mendapati kes penyeludupan dadah berkurangan walaupun belum signifikan


"Namun pada minggu lalu, saya berada di Kedah dan dimaklumkan bahawa pendaratan dadah di negeri itu meningkat.


"Jadi, saya perlu semak dengan Kedah sama ada penutupan pangkalan haram di Kelantan menyebabkan mereka (penyeludup dadah) mengubah lokasi dengan menggunakan laluan di Kedah pula," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang serta pangkalan haram, di sini, hari ini.


Turut hadir ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.


Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya akan meneliti dari pelbagai sudut atau modus operandi serta laluan baharu penyeludup yang mungkin menukar taktik mereka.


"Adakah apabila kita perketatkan (penguatkuasaan) di sini (Kelantan), mereka akan menukar laluan ke sana (Kedah)? Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan serbuan telah menyaksikan trend bekalan dadah adalah menurun.


"Namun, kita masih perlu memberi tumpuan berhubung perkara ini. Justeru, tujuan lawatan saya pada hari ini ialah untuk melihat hal berkaitan jeti haram yang ditutup, selain kegiatan penyeludupan termasuk dadah dan PATI (pendatang asing tanpa izin)," katanya. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 01:11 PM | Show all posts
hhrrrmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ES, mcm mcm kisah pasal polis polis ni ek, entah apa nak jadi ek.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 04:28 PM | Show all posts
Apa tindakan kerajaan negeri?

Takkan nak harap federal je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 11:45 PM | Show all posts
Bukan ke ni scope under KDN? Buka kemaluan sendiri ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.114212 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list