CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 18

Umie Aida Minta Maaf Tendang Muka Rosyam Nor

[Copy link]
Post time 4-5-2025 12:32 PM | Show all posts |Read mode


PELAKON Datin Seri Umie Aida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor Datuk Rosyam Nor pada Ahad.


Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, membuat permohonan maaf itu jika sepanjang mereka berlakon dalam drama ‘Keluarga Itu’ ada keterlaluan dan menyinggung perasaannya.


Jelas Umie, apa dilakukan terhadap Rosyam hanya semata-mata menjayakan watak sebagai Chempaka.


“Abang, Umie nak minta maaf sangat. Umie tahu abang yang suruh saya buat babak itu, tetapi memang berat untuk Umie buat.




“Saya nak minta maaf sangat-sangat terutamanya pada keluarga abang, anak-anak dan cucu-cucu abang.


“Saya minta maaf dengan apa yang saya buat. Saya tak pernah buat macam itu dekat orang lain,” katanya.


Umie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Ahad.


Difahamkan, Umie memohon maaf kerana terpaksa melakonkan babak menendang muka Rosyam kerana amarah akibat perbuatannya merogol anak kandung dalam drama tersebut.




Dalam pada itu, Umie memberitahu dia masih menyimpan rasa hormat terhadap Rosyam meskipun mereka sering bergurau.

“Gurau, gurau juga. Rasa hormat saya pada abang Rosyam tetap ada.

“Dia seorang pelakon hebat, abang yang penyayang dan mulut memang tak ada insurans,” ujarnya.

Sementara itu, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 58, memberitahu dia memahami peranan Umie sebagai pelakon dan sudah menganggap aktres berkenaan sebagai adik.

  

“Tak ada apa Umie, kerja. Abang pun tak pernah bagi seorang pelakon pun buat abang macam itu.

“Umie dah berlakon dengan abang sudah lama, Umie pun dah macam adik abang. Untuk melakonkan watak itu abang okay sahaja,” jelasnya.

Tambah Rosyam lagi, kali terakhir dia bergandingan bersama Umie menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Allahyarham Mamat Khalid dan berharap dapat mengubati peminat dengan kemunculan drama Keluarga Itu.

“Sudah lama saya tidak berlakon dengan Umie. Kali terakhir dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang.

  

“Kini saya bertemu semula Umie seorang sosok pasangan lakon saya yang paling hebat. Saya dapat berjumpa balik dengannya dalam drama Keluarga Itu.

“Semoga dapat mengubati mereka yang merindui keterampilan kami berdua, insya-Allah,” katanya.

Keluarga Itu menjadi fenomena apabila penulis skrip Erma Fatima dengan berani memaparkan isu sumbang mahram yang berlaku dalam drama tersebut.

Selain Umie dan Rosyam, drama dibintangi barisan pelakon Fattah Amin, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Izara Aishah dan Muaz Zabir sedang disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam di TV3. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 12:55 PM | Show all posts
Alah alah alah. Biase la taktik nk suh org tgk cerita
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah abes ke belum series ni..letihh.. aku wpun xmengikuti asek lalu lalang kat pesbuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa i tgk smlm x dpt tgk part kena tendang2 tu? Habis smpai umie buka pintu rumah. Tau2 harini viral part kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sedap nampak chemo tendang Iman tu..pueh hati lepuk belakang terajang muka
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:21 PM | Show all posts
alaa....kasi fly kick je.

lebih dramatic lah kalau acik dukun terkejut ..... terus kena heart attack, mulut senget kifarah kerana terlalu bodoh

lepas tu si apak terus lari keluar rumah, kat tengah jalan...kena langgar lori,  jadi kejung.
tapi masih tetap bila tengok perumpuan air lior leleh, hanya bibird dah lunyai kena gilis tayar lori.  

MasyaAllah! Allahhuakbar ...... habibi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama ni 30 episod, dah episod 28 or 29 dah kat tv3, kat tonton x tahu plak...siapa nak tengok, tengok jer lah...siapa tak nak tengok, sudehhhh...bitch be so kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:08 AM | Show all posts
mEOLLS tertengok part yg polis korek tanah jumpa mayat baby.. sedih sgt.. teringat kes zain rayyan.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Puas hati tengok chemp tendang iman semalam. Baru function chemp
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tp mmg siyal rosam dlm citer ni
mmg betol muka dia muka sesuai
ko pasal acik umie aje, kena tendang episod 28
kalau dpt kat acik2, smpi episod 3 je
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 4-5-2025 12:55 PM
Alah alah alah. Biase la taktik nk suh org tgk cerita

kan. dah tentu tentu belakon nasa belakon dah mintak maaf . merepek merepek org org sekarang demi limelight
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:20 AM | Show all posts
Tulah, malam tadi tengok bukan tendang muka, tendang kepala terus.. Pergh, biasa org tolak kepala pakai tangan, ni pakai kaki
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:29 AM | Show all posts
Btw org dok cakap fattah tak perlu ada pun dalam drama ni, bagi i muaz tu yg tak payah ada.. APa je watak dia.. Fattah ok lagi selamatkan anak lari
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk on off je siri drama ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
i pelik la cite ni i dah tgk ep27 tu kat tonton tau last 2 weeks lepas tu ep tu kena delete
pastu minggu ni dia post balik so i macam apahal ek ulang balik dan kalau dia tak ulang ep 27 ni, minggu ni cite ni dah completed 30 ep dahh
penat menunggu woii
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:50 PM | Show all posts
lorrrr.. mmg btl la kaki naik ke muka.. aku ingt kn tgn.. ala2 pkai sarung kaki kt tgn..
tp mmg geram tgk.. dgn jwpn.. "abg minta chem x bg.." terkedu kejap..
aku tgk pn on off sbb meluat kn si mia tu asyik mendadah jer.. btl ker dia bunuh ank dia.. kesian la aman tu.. dia baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 12:42 PM | Show all posts
Saya tahiah kpd EF dn krew rpoduction kerana bergaya menerbitkan sebuah karya yg penuh sensasi ini.  Juga kpd semua para pelakonnya, berjaya menjiwai watak yg diperankan.  Aksi2 mereka berjaya meraih perasaan geram, marah, benci, geli, maki, bangsat, lahanat: cukup sumpah seranah mengikuti perjalanan drama ini.
Penonton yg setia atau mereka yg celam-celum mengikuti episod2nya, tetap menunggu dn nak tau kesudahannya bagaimana. Spt yg dikhabarkan, Jumaat mendatang adalah episod penamat drama ini.  Sama2lah penonton semua tunggu sapelah pembunuh sebenar baby Jihad.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:58 PM | Show all posts
aku harap cepat la abis cerita ni.. letihhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 01:28 PM | Show all posts
Kekunci_Hitam replied at 6-5-2025 12:58 PM
aku harap cepat la abis cerita ni.. letihhh

tgk sikit2 je pastu , tak pe la tak tau ending pn takpe lah, yg aku tgk last si rider pompuan tu hantar parcel kt noralbaniah

aku igt kan kid search tu, sekali noralbaniah, pandai tukang makeup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051119 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list