CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 9

[Tempatan] Remaja 16 tahun dijangkiti penyakit kelamin lepas ke Siam

[Copy link]
Post time 4-5-2025 11:23 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menanggung akibat perbuatan sendiri apabila disahkan dijangkiti penyakit kelamin selepas melakukan hubungan terlarang ketika bercuti ke Thailand bersama rakannya minggu lalu.


Menerusi dialog perbualan yang dikongsikan pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan Awang di Instagramnya, remaja berkenaan mengakui diajak rakannya ke ‘suatu tempat’ sebelum didedahkan dengan aktiviti langganan pelacur.


“Minggu lepas kawan ajak ke Siam saja jalan-jalan. Kawan ajak ke satu tempat, dia kata nak cuba something new (sesuatu yang baharu). Saya ikut sahaja,” jujur remaja itu ketika disoal Dr. Ahmad Samhan.


Kata remaja itu lagi, pelacur terbabit hanya meminta bayaran RM50 sebagai ‘saguhati’ dan duit yang digunakan adalah wang belanja daripada ibunya.


Dalam sesi perbualan antara Dr. Ahmad Samhan dan remaja itu, antara punca awal pelajar 16 tahun terbabit hadir mendapatkan rawatan di klinik adalah disebabkan alat sulitnya mengeluarkan cecair nanah.


Dr. Ahmad Samhan turut menitipkan nasihat kepada remaja terbabit dan memintanya segera bertaubat.


“Adik, awak ini nak berkawan pun kena pilih. Jangan mudah terikut-ikut. Kena tahu beza yang mana haram dan yang mana halal.


“Kemungkinan besar awak dah dijangkiti penyakit kelamin. Muda-muda dah ada penyakit kelamin. Jauh lagi perjalanan hidup awak. Awak kena bertaubat,” pesannya.




Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan utama dalam memberi didikan kehiduoan kepada anak-anak termasuklah melibatkan pengetahuan seksual.


“Mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang untuk pantau aktiviti anak-anak di disebabkan kesibukan kerjaya. Dengan siapa dia berkawan,dengan siapa dia keluar. Apatah lagi untuk bercerita tentang pengetahuan seks di peringkat awal.


“Jangan malu untuk beri pendedahan awal tentang pengetahuan seks dengan anak-anak. Apa itu baligh. Apa itu haid. Hubungan seks halal dan haram. Jangan hanya lepas tangan pada guru,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata acik forum spender pun mak beli ada hati nak melanggan. Itu ja lah yang mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ucap padan muka je la..
Dh tk reti nk pakai helmet.klau pakai nnti tk sedap katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Much better la adik ni melanggan dari rosakkan anak dara org...

Tapi tu la...lepas melanggan..terus kencing dan basuh punai tu cepat2 at least pakai wet tissue...

ni mesti ko tak basuh dekkk..konon2 balik hotel nk bau punai yg dh brrmandi air lendir tepi jalan...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku dedahkan kepentingan pemakaian kondom di sekolah2. Tak semua orang boleh terima ajaran agama dan moral dalam membanteras seks bebas ni. At least mereka ada options.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
16 tahun mak pak dah lepaskan travel ngan kwn2 luar negara ke Thailand pulak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 4-5-2025 02:12 PM
16 tahun mak pak dah lepaskan travel ngan kwn2 luar negara ke Thailand pulak tu

anak iols travel je oversea dgn kawan². cuma one time tu dia g paris  kne curi passport. umo 17 kot. pastu consulate suruh guardian hadir jgk. tp nasib la a few days later my brother ada transit situ, dia tolong settle kan. masa kecik² pun dah naik flt sendiri under "young passenger travelling alone".
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 4-5-2025 11:37 AM
anak iols travel je oversea dgn kawan². cuma one time tu dia g paris  kne curi passport. umo 17 k ...

You jenis parent yg konfiden je dgn anak  umur bwh 18 tahun travel dgn kawan2 oversea. Meols tidak lah nk bagi unless ada org dewasa.

Anak2 yg mak pak jadi duta luar negara mmg biase la travel sendiri kecik2 lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 08:27 AM | Show all posts
mcmana dia boleh travel sendiri mcmtu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 04:09 PM | Show all posts
aduhh, keluar lagi muka dr ni

dr ni lagi hasanah dari kak hasanah ler, dia memang cari engagement je kat medsos

banyak agaknye waktu terluang dia nak mereka cerita gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066871 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list