CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 1

[Perlis] Qari Perak, qariah Terengganu johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2025

[Copy link]
Post time 3-5-2025 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Qari Perak, qariah Terengganu johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2025

03 Mei 2025 12:29am




Aiman Ridhwan dan Wan Sofea Aini masing-masing muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025/1445H.



KANGAR - Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi mewakili Terengganu muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025/1445H.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji berserta piala, cenderamata dan sijil penyertaan.


Mereka juga menerima satu dinar emas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Gold dan telefon pintar kurniaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid serta kerajaan negeri.

Kedah dinobatkan sebagai juara keseluruhan sementara bagi kategori hafazan 30 juzuk berserta tafsir, Muhammad Adib Ahmad Rozaini dari Perak dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif dari Kelantan diumumkan sebagai pemenang masing-masing bagi bahagian lelaki dan perempuan.


Selain itu, Muhammad Imran Hussin dari Selangor meraih tempat pertama untuk kategori hafazan 20 juzuk bagi bahagian lelaki manakala bahagian perempuan disandang Siti Khadijah Anuar dari Selangor.

Bagi kategori hafazan 10 juzuk berserta taranum pula, johan menjadi milik Mohamad Khayruddin Zakwan Jaimis dari Sabah bagi bahagian lelaki manakala Shashahani Irdina Shamsul Rizal dari Selangor mengungguli bahagian perempuan.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyempurnakan majlis penutup tilawah di Dewan 2020 di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee yang mengumumkan para pemenang. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/726358/berita/nasional/qari-perak-qariah-terengganu-johan-tilawah-al-quran-kebangsaan-2025




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2025 08:10 AM | Show all posts

AIMAN Ridhwan dan Wan Sofea Aini muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025/1445H. FOTO Mohd Luqman Hakim Zubir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list