CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49|Reply: 0

[Sarawak] Ops Tapis: Lelaki ditahan dalam serbuan di Serikin

[Copy link]
Post time 30-4-2025 09:47 AM | Show all posts |Read mode


Dadah yang dirampas dalam operasi tersebut. - Gambar IPD Bau

BAU: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Serikin di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer berkata, suspek ditahan kira-kira jam 9.45 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerusi Operasi Tapis.

“Hasil pemeriksaan di sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah tersebut telah menemui satu beg berzip mengandungi satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut di luar bilik tidur turut menemui sebuah kotak rokok di atas palang tingkap yang mengandungi satu lagi peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih, serta 14 biji pil disyaki Erimin 5.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah,” ujarnya.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau akan terus mempergiatkan operasi di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai aktiviti penyalahgunaan dadah,” tegas beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.041876 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list