
SIBU: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang dipelawa untuk memohon Program Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2024 daripada Pusat Khidmat P.212 Sibu.
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (gambar) dalam satu kenyataan berkata, pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 5A+ atau ke atas bagi melayakkan diri memohon insentif tersebut.
"Pemohon hendaklah menghantar salinan slip keputusan SPM berserta kad pengenalan mereka.
"Pemohon juga mestilah pengundi di kawasan Parlimen P.212 Sibu," ujarnya.
Semua permohonan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat Pusat Perkhidmatan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sibu di Pusat Komersial Taman Rajang sebelum 7 Mei depan, jam 4 petang.
"Pemohon yang berjaya atau layak menerima insentif akan dimaklumkan melalui telefon," jelas Ling sambil menambah, pemberian insentif tersebut turut dilaksanakan tahun lepas.
Beliau turut menegaskan pemberian insentif tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pelajar SPM yang mendapat keputusan cemerlang.
|