CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43|Reply: 0

[Sabah] Yayasan TM, BANTU hulur bantuan pasca banjir kepada 1,000 keluarga di KM, Pitas

[Copy link]
Post time 29-4-2025 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-4-2025 04:40 PM



PRIHATIN: Yayasan TM bersama BANTU berganding bahu menyalurkan bantuan pasca banjir kepada 1,000 penerima di Kota Marudu dan Pitas.



GEMBIRA: Salah seorang penerima gembira menerima bantuan pasca banjir yang disampaikan Satra (kiri).

KOTA MARUDU: Mengambil kira cabaran besar yang dihadapi oleh penduduk Kota Marudu dan Pitas akibat banjir pada awal tahun ini, Yayasan TM bersama Persatuan Bantuan Masyarakat Sabah (BANTU) berganding bahu menyalurkan bantuan pasca banjir kepada 1,000 penerima di kedua-dua daerah yang terjejas melalui pelaksanaan Misi Bantuan Pasca Banjir Sabah 2025.

Misi bantuan ini diterajui oleh BANTU dan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan kolaborasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Sabah Relief, Persatuan Minda Anak Sabah (PMAS) dan Pertubuhan Pendidikan & Kebajikan Projek LEV Sabah.

Pelaksanaan misi bantuan dilaksanakan di beberapa buah kawasan di Kota Marudu iaitu Dewan Kampung Ranau, Balairaya Kampung Tinondukon Bodi, Balairaya Kampung Radu, Balairaya Kampung Langkon Lama Pancur membabitkan 800 penerima pada 26 April.

Keesokan harinya, rombongan meneruskan pemberian sumbangan kepada 200 penduduk di Balairaya Kampung Taka, Pitas.

Menurut Setiausaha Persatuan Bantuan Masyarakat Sabah (BANTU) yang juga merangkap ketua misi Satra Nur Izman, inisiatif ini adalah tanda solidariti dan komitmen berterusan daripada NGO anak Sabah dalam menyokong komuniti tempatan yang terjejas akibat bencana.

“Kami percaya bahawa proses pemulihan tidak berakhir selepas air surut. Bantuan dan kehadiran fizikal pasca banjir amat penting untuk memberi kekuatan dan sokongan moral kepada komuniti yang sedang membina semula kehidupan mereka.

“Inisiatif kemanusiaan ini mencerminkan keprihatinan Yayasan TM, yang juga Sekretariat Bersama GLC Demi Rakyat & Negara (GDRN), dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana di negeri-negeri terkesan bencana, termasuk komuniti luar bandar di Sabah,” katanya.

Sementara itu Ketua Pembangunan Komuniti dan Negara, Yayasan TM Datin Noorul Syifa Mohd Isa berkata, Yayasan TM amat berbesar hati dapat menyokong usaha bantuan pasca banjir yang dikendalikan oleh NGO tempatan seperti BANTU, yang juga antara impak positif daripada program latihan kesiapsiagaan dan koordinasi pengurusan bencana anjuran Yayasan TM untuk NGO tempatan Sabah pada tahun 2024.

Pihak Yayasan TM yakin bahawa dengan ilmu dan latihan yang dipelajari, pihak NGO berupaya melaksanakan perancangan serta pengurusan bantuan bencana secara menyeluruh dan berkesan.

“Yayasan TM menyokong usaha kolaboratif seperti ini yang mencerminkan kekuatan sebenar masyarakat Malaysia yang saling membantu dan saling menyokong demi kelangsungan hidup,” katanya lagi.

Misi bantuan ini bukan sahaja melibatkan pengagihan bantuan keperluan asas seperti pek makanan, malah turut memberi peluang kepada individu untuk membantu komuniti terkesan melalui penglibatan sukarelawan tempatan Sabah dan TM Sabah yang lebih dikenali sebagai TM Reaching Out Volunteers (TMROVers).

Yayasan TM dan BANTU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pemimpin kampung dan rakan kerjasama NGO yang terlibat di Kota Marudu dan Pitas atas sokongan serta kerjasama mereka dalam menjayakan misi bantuan ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043484 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list