CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33|Reply: 0

[Sarawak] Semangat kekeluargaan, perpaduan penting dalam usaha bangunkan komuniti kampung

[Copy link]
Post time 28-4-2025 11:05 AM | Show all posts |Read mode


Iskandar beramah mesra dengan penduduk yang hadir.

BINTULU: Semangat kekeluargaan dalam kalangan penduduk melalui penganjuran aktiviti dan majlis secara bersama perlu terus diperkukuh bagi menyemai perpaduan, sekali gus memudahkan usaha pembangunan kampung-kampung di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata semangat kekeluargaan dan perpaduan amat penting kerana ia mampu menjadi tali pengikat yang utuh dalam kalangan penduduk, termasuk ahli-ahli parti.

“Melaluinya, kita dapat bekerjasama dengan lebih erat dalam usaha membangunkan komuniti kampung,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Ranting Kampung Sebiew, malam tadi.

Beliau turut menghargai inisiatif penganjuran majlis sambutan Aidilfitri seumpama itu yang bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan sesama ahli parti, malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Terdahulu, pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya cabutan bertuah dan sesi bergambar kenangan bersama para tetamu yang hadir.

Hadirin juga dihidangkan dengan pelbagai juadah dan makanan tradisional seperti ketupat, rendang, lemang, kuih-muih dan lain-lain.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/27/semangat-kekeluargaan-perpaduan-penting-dalam-usaha-bangunkan-komuniti-kampung-iskandar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061320 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list