CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 10

Ya, saya penyanyi sendu, tiada lagu hit – Erul Samah

[Copy link]
Post time 24-5-2025 10:14 AM | Show all posts |Read mode


“Ya! Saya penyanyi sendu!”


Itu respons penyanyi dan pempengaruh media sosial, Erul Samah saat ditanya tentang penyertaan dalam uji bakat program terbaru terbitan Astro, Raise The Star Malaysia.


Menurut Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah, 34, sudah 10 tahun dia tidak menyertai program realiti dan sering gagal setiap kali mengeluarkan lagu.


  


“Macam-macam perkara telah saya lakukan. Tetapi orang tetap tak boleh terima. Ada yang dah lupa bahawa saya ini penyanyi kerana mereka lebih kenal saya sebagai raja komen.


Bila Astro mengadakan uji bakat untuk program ini, saya tergerak hati untuk turut serta kerana barisan jurinya terdiri daripada komposer.


“Sepanjang bergelar penyanyi saya tiada lagu hit. Saya juga bukan penyanyi yang betul-betul dikenali sebagai penyanyi,” katanya kepada HibGlam sewaktu ditemui di uji bakat Top 100 Raise The Star Malaysia yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.


  


Tambah finalis Akademi Fantasia musim ke-9 itu lagi, kejayaan yang dikecapi penyanyi Nadeera Zaini menjadi pemangkin semangatnya untuk kembali aktif dalam bidang muzik.


“Saya mengenali Nadeera dan pernah bekerjasama dengannya. Saya nampak dia penyanyi yang tidak putus asa untuk terus mencuba sehinggalah berjaya hari ini. Dia telah buktikan jika ada semangat juang yang tinggi, pasti dapat mengecapi kejayaan,” katanya.


Erul juga sanggup melakukan perubahan imej seperti yang disarankan oleh barisan juri sewaktu menghadiri sesi uji bakat yang pertama.


  


“Mereka minta saya tukar imej untuk lari daripada bayangan imej k-pop yang saya bawa dulu. Maka untuk sesi Top 100 ini saya ikut nasihat mereka dan tukar gaya pakaian serta potongan rambut.


Sebenarnya sebagai penyanyi penting untuk ada orang yang lebih berpengalaman memberikan pendapat mereka. Kadang-kadang kita rasa kita dah menyanyi cukup sedap, tetapi mungkin teknik yang digunakan salah.


“Ilmu sebegitu yang saya perlukan daripada barisan juri supaya dapat menjadi penyanyi yang diterima ramai,” katanya. – HIBGLAM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa masuk af,katanya tolak tawaran jd penari kat korea. X pegi sbb nk bakti pd malaysia. Sekali tgk dia menari, mcm nangka busuk. Sembang..pung pang pung pang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 02:37 PM | Show all posts
Saya masih ingat insiden Pak Nil nak umumkan yang dia tersingkir minggu tu masa AF...
Tapi cara Pak Nil umumkan tu mengelirukan...
Dia ingat dia masih ada untuk minggu hadapan...
Siap sujud syukur atas pentas...
Saya rasa kesian sangat masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 02:39 PM | Show all posts
amyfaha replied at 24-5-2025 01:16 PM
Dulu masa masuk af,katanya tolak tawaran jd penari kat korea. X pegi sbb nk bakti pd malaysia. Sekal ...

Tapi, kenapa avatar awak gambar kepala ikan?
Terus saya teringat forumer @Asdan dan sumpahan ikan terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pernah masuk reality tv kpop apa ntah. Tak silap dapat nombor 2. Tapi rancangan tu bukan siaran prime time macam boys planet/produce101. Memang sendu la kiranya. Iouls tengok dia menari dalam rancangan tu pon rasa cringe amat kalau nak compare dengan actual trainee/inspiring trainee. Suara pon ala2 ja. So kalau masuk kpop group, xde position yang sesuai untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain pula muka dia bila terlalu habang2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia yg rajin komen kat fb tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih dari kata

Tu je lagu dia yg iols tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ratu comment


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan erul ni ke yg nyanyi semula lagi ning bazooka -dugaanku. Sedap gila kot. Byk kali iols ulang dengar sbb penghayatan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak kau la bang

yg program ni ada shila jadi mentor & juri tu kan..mcm best je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041927 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list