CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 17

Babak bersentuhan undang rasa kurang senang penonton, Noorkhiriah akui kesilapan diri

[Copy link]
Post time 26-4-2025 03:22 PM | Show all posts |Read mode




BABAK bersentuhan pelakon Noorkhiriah dan Azhan Rani menerusi drama Seribu Tahun mengundang rasa kurang senang penonton.

Tidak melatah apabila menerima teguran itu, Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, mengakui kesilapan melakonkan babak tersebut meskipun dalam keadaan berlapik.

Kata Noorkhiriah, dia juga sudah berusaha menjaga batas dalam lakonan namun akur ketelanjuran dibuat itu.

“Saya faham niat tidak menghalalkan cara walaupun berlapik, sedaya upaya saya cuba untuk tidak bersentuhan dan berlapik (sentuhan).

“Tapi itulah kadang-kadang kita terbabas. Ada satu babak yang belum keluar, Nor (watak Khiriah) didukung tapi yang didukung itu bukan saya. Saya jelaskan di sini.

“Mungkin kesilapan saya kerana membuka ruang untuk orang memberi kecaman, komen yang bukan-bukan,” katanya.



Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membuat teguran dan berjanji akan memperbaiki diri untuk menjadi individu lebih baik.

“Apa pun terima kasih di atas setiap teguran, saya terima. Insya-Allah segala yang buruk daripada saya, yang baik dari Allah.

“Saya sedaya upaya berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan video Noorkhiriah memegang paha Azhan menerusi satu babak.

Meskipun babak tersebut dilakonkan secara berlapik, namun ada segelintir netizen yang berasa kurang senang melihat tindakan mereka kerana menganggap perbuatan itu tidak manis memandangkan Noorkhiriah kini sudah berhijrah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tbh nampak kesian lembam dah tu si emma ambik kesempatan lak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 best drama ni tp lama2 membosankan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bila terpaling alim
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
orglama replied at 26-4-2025 11:13 PM
Mula2 best drama ni tp lama2 membosankan

Mula2 teruja nk tgk..xdan hbs 4 ep dh rasa cite ni xde hala tuju. Just nk bg simpati pd watak drg je. Plot xbest
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Manjang flash back & suara serak emma tu mengganggu betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2025 02:10 AM | Show all posts
cinematography dah cantik tapi watak emma maembong tak logik hahahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan ALIM sgt....warwar diri mcm.dah hebat sgt dlm agama...rupa2nya...kehkeh...benda basic pun ko tak tahu dlm islam dalam.hubungan bukan muhrim...

Kalau artis ni warwar diri kuat beragama mmg rasa euwwww sgt...selagi ko bergelumang dalam dunia hiburan selagi tu sebenarnya ko hipokrit...menipu masyarakat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
orglama replied at 26-4-2025 11:13 PM
Mula2 best drama ni tp lama2 membosankan

mmg mcm 100x repeat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 27-4-2025 02:54 PM
mmg mcm 100x repeat

Asyik2 throwback...i pun dah tak bernafsu nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 28-4-2025 06:46 AM

iols tgk cite ni mula2 je sbb ada azhan rani pastu keluar watak Emma rasa boring
khiriah ni zaman imran ajmain dulu best la kalau nak bawak watak terencat begitu
dah tua2 tudung pun tutup dagu ni takyah la bawak begitu lagi..boring nak tunggu dia habis dialog

btw betul ke ada part dia bersentuhan?
hujung2 kang claim camera trick la ape la
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok umah je la takler nak terpegang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 09:16 AM | Show all posts
lazim replied at 26-4-2025 11:36 PM
Mula2 teruja nk tgk..xdan hbs 4 ep dh rasa cite ni xde hala tuju. Just nk bg simpati pd watak drg  ...

drama budak ijat ni memang cepat boring, macam drama khunsa haritu

setiap 5 minit dok flashback, flashback sampai 10 minit

dialog pun dok ulang-ulang balik

good concept, failed execution, nak habiskan pun iolls tengok 1.5x speed sambil dok tekan skip
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 2-5-2025 09:16 AM
drama budak ijat ni memang cepat boring, macam drama khunsa haritu

setiap 5 minit dok flashback,  ...

Aku perasan drama melayu plot xbanyak sebenarnya. Dia leweh2 kan setiap babak bagi panjang. Kalau kita biasa follow k drama atau series2 luar, dlm 1 minit bermcm2 benda dh berlaku. Drama melayu dok la meleweh2 dgn lawak bodo2 nk bg panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 2-5-2025 09:16 AM
drama budak ijat ni memang cepat boring, macam drama khunsa haritu

setiap 5 minit dok flashback,  ...

Betui kan....mcm saja nak perbodohkan org kpg. Xkan la ketua kpg pun ikut ja cakap si Oyen tu mentang2 la dia org kaya kat kmpg tu. Logik la ckit biaq ada ketegasan dlm membuat keputusan bg nmpk cerdik & tidak memaksakan org yg lemah mcm Sukri jd pak sanggup. Stress betui drama melayu mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 28-4-2025 06:44 AM
iols tgk cite ni mula2 je sbb ada azhan rani pastu keluar watak Emma rasa boring
khiriah ni zaman im ...

aku pun rasa ema tak deliver watak dia lebih kpd bosan
takde apa nak ditunggu drama ni Suspen tu dh jd boring bila asyik direpeat
Kiriah & azhan nampk berlakon lebih ok tp bila mcm chuols ckp la watak deme too slow ahh bosan nengoknya
iols tgk drama ni bagi laju cpt ja hahahah saja2 tgk sblm nk magrib 15min settle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 08:49 PM | Show all posts
baik pencen berlakon macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 2-5-2025 09:16 AM
drama budak ijat ni memang cepat boring, macam drama khunsa haritu

setiap 5 minit dok flashback,  ...

khunsa tu pun sama best sampai episode yg tuyah kena angkat dgn ufo je
bila part budak2 tu dah besar ya ampun boring gilerrrr

masa budak2 tu kecik pun lemas tgk dialog asik terjerit2 lepas kemarahan
padan la budak2 skrg biadap byk sgt tgk tv cite rope ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.090020 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list