View: 338|Reply: 3
|
17 tahun diam, tiada pula cop saya wanita dambaan syurga- Abby Abadi
[Copy link]
|
|
Pelakon dan usahawan Abby Abadi tidak akan mengalah dan sesekali berhenti bersuara untuk mendapatkan hak tiga anaknya daripada bekas suami, Norman Hakim.
Abby, 47, berkata, isu berkaitan hak selepas bercerai tidak perlu dipendam sendiri sebaliknya harus dituntut dengan lebih tegas.
“Saya terbaca ada yang tulis ‘dari cerita Abby Abadi dan Cik Epal, saya belajar kalau bercerai, lawan terus untuk sapat hak kita dan serta anak-anak.’
“Ya betul! Jangan simpan dan relaks mengalah ‘over’ sangat.
“Sebab bila sudah bercerai? Percayalah kita ini tiada nilai di mata dia (bekas suami),” katanya dalam platform Threads.
Ujarnya, hubungan baik yang terjalin juga tidak akan memberi sebarang makna terutama apabila berbeza taraf hidup.
“Baiklah macam mana pun, susah senang, seronok sama-sama kononnya.
“Bila kaya, kita ini tiada pun tak apa. Okey putus terus!” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia juga menyelar pandangan segelintir pihak yang memintanya melupakan mengenai isu tersebut memandangkan sudah 17 tahun berpisah.
“Terbaca lagi, ‘move on’ sajalah dan tak ‘classy’ meroyan serta merentan. Eh, selama 17 tahun saya diam, tak mahu pula cop saya wanita dambaan syurga.
“Selepas 17 tahun baru berbunyi, dikata macam-macam. Belajarlah makna amanah, tanggungjawab, adil dan ‘acah-acah’ sekali.
“Sedang sabarlah ini, sembang sikit saja dan tak libatkan ramai orang pun. Tepat ke sasaran!” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, Abby dalam media sosialnya lantang bersuara tentang isu nafkah tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Norman iaitu Danish, Dania dan Danisha.
Dia turut mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka sejak bercerai sekitar tahun 2008.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku baca komen kat mana ntah tulis . fak wanita classy. kita wanita gila. benda boleh mengamuk buat apa bincang. lawan sampai tinggal spender. kah |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah sebenarnya yg membuatkan Abby triggered setelah 17thn mendiamkan diri dn pendamkan segala masalah, tetiba tahun ini baru Abby bongkar semuanya. Sudah hilang habiskah sabarnya atau masih ada hutang budi Abby yg Norman tak habis bayar. Dulu bukan kemain akrab dgn Meme, baju raya sedondon, kumpul raya bersama, ingatkan dah damai dn bersatu sbg satu keluarga. Tak sangka pulak ada yg di sebalik cerita. Tetapi, kenapa baru sekarang?
Nak tuntut anak, anak2 pun dah besar. Anak sudah boleh buat pilihan sendiri samada nak ikut emak atau ayah.
Ttg nafkah anak, tak taulah jika Abby boleh tuntut semula tunggakan bayaran nafkah tahun2 dulu.Walau apapun mesti ada rasa amarah Abby yg belum hilang dn padam sepenuhnya. Apakah berjuagan Abby dn tuntutan dia kpd Norman berbaloi? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MatDeghem at 26-4-2025 11:19 PM
retis dgn kehidupan drama berpisah tiada....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|