CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61|Reply: 0

[Sarawak] LPB serah zakat perniagaan 2025 sebanyak RM2 juta kepada TBS

[Copy link]
Post time 25-4-2025 04:02 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi (dua kiri) dan Toh Puan Fauziah (dua kanan) menyaksikan penyerahan cek zakat daripada Sharkawi kepada Abang Shibli. - Gambar Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2025 sebanyak RM2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Majlis penyerahan cek zakat berlangsung di Astana Negeri Sarawak di sini hari ini disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Cek zakat diserahkan oleh Pengerusi LPB Dato Sharkawi Alis kepada Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Penyerahan zakat perniagaan ini menandakan komitmen tinggi LPB dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat.

Tun Wan Junaidi dalam pada itu berharap agar sumbangan zakat daripada agensi-agensi di Sarawak diurus sebaik mungkin dan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Semoga dengan jalinan kerjasama erat antara pihak korporat, agensi-agensi kerajaan dan TBS, lebih banyak program kebajikan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut hadir menyaksikan penyerahan cek zakat tersebut bersama delegasi lain dari LPB dan TBS.


Tun Wan Junaidi (tiga kiri) dan Toh Puan Fauziah (empat kiri) serta yang lain menadah tangan berdoa pada penyerahkan cek zakat perniagaan LPB kepada TBS. - Gambar Astana Negeri Sarawak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049783 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list