CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

[Sabah] Kumpulan Kibing ambil 700 lagi pekerja rakyat Sabah

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:46 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Hajiji bersama tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama pekerja Kumpulan Kibing.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memuji komitmen Kumpulan Kibing dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada 700 lagi rakyat Sabah melalui program pengambilan pekerja terbarunya yang bermula pada bulan Mei.

Beliau berkata, pengambilan baharu itu bakal menambah kepada jumlah 1,625 rakyat Sabah yang sudah bekerja dalam pelbagai jawatan pengurusan, kejuruteraan, teknikal dan operasi di Kumpulan Kibing.

“Ini membentuk lebih daripada 83 peratus daripada jumlah tenaga kerja Kumpulan Kibing.


MESRA: Hajiji semasa tiba di majlis itu disambut mesra oleh para pekerja kilang itu.

"Perkembangan positif ini bukan sahaja memperkasakan komuniti tempatan kita tetapi juga memupuk kemakmuran bersama. Syabas dan terima kasih,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Kibing di kilangnya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ketua Menteri telah dimaklumkan bahawa Kumpulan Kibing akan memulakan kempen pengambilan pekerja baharu melalui kerjasama dengan Sekretariat SMJ dari 13 Mei sehingga 23 Mei di pejabat daerah Ranau, Tuaran, Beaufort, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang.

“Saya juga ingin menekankan kepentingan mengutamakan pengambilan anak- anak Sabah untuk peluang pekerjaan dan ingin menyarankan semua pemain industri untuk tidak hanya mengupah anak Sabah dalam tenaga kerja mereka tetapi juga melabur dalam latihan dan perkembangan mereka.

“Usaha kolektif ini adalah penting untuk memastikan bahawa tenaga kerja tempatan kita memiliki kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan industri,” katanya.

Hajiji berkata, ia adalah merupakan satu detik peristiwa yang amat bermakna apabila Kumpulan Kibing memulakan pembinaan kilang pembuatan kaca solar berteknologi tinggi bernilai RM2.5 bilion di Sabah pada 2022.

“Hari ini, kehadiran Kumpulan Kibing bukan sahaja satu usaha transformasi untuk Sabah tetapi juga merupakan bukti kejayaan kerajaan negeri dalam meneruskan projek-projek berimpak tinggi untuk kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Hajiji turut maklum bahawa Kumpulan Kibing telah mencapai kemajuan besar apabila pada bulan November tahun lalu, Kumpulan itu melabur dalam satu lagi projek untuk membina kilang pembuatan kaca solar baharu bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.

“Sehingga kini, kesan positif kehadiran Kumpulan Kibing di Sabah sudah jelas dan menyenangkan dengan lebih RM50 juta nilai kontrak telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat tempatan sejak pembinaannya bermula.

“Kita mempunyai harapan yang tinggi bahawa Kumpulan Kibing akan terus maju dan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang Sabah,” katanya.

Semasa taklimat, Hajiji juga diberitahu bahawa pengeluaran pertama Kibing kini beroperasi penuh, mengeksport 1,500 kontena bernilai USD14 juta sebulan.

Pengeluaran kedua Kibing dijangka mencapai pengeluaran penuh pada bulan Jun tahun ini, manakala pengeluaran ketiga dijadualkan mencapai pengeluaran penuh dalam tahun ini.

Destinasi eksport Kumpulan Kibing adalah Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Afrika, dan Eropah.

“Saya ingin menekankan komitmen Kerajaan Negeri untuk memudahkan pelaburan ke Sabah. Kerajaan negeri bertekad dalam misi kami untuk mewujudkan persekitaran yang menarik lebih banyak pelabur.


SALAM: Hajiji semasa pertemuan dengan pekerja-pekerja kilang itu.

“Pelaburan-pelaburan ini juga berkaitan dengan penjanaan pekerjaan, memupuk inovasi dan meningkatkan kehidupan rakyat kita,” katanya.

Turut hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Persekutuan Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036052 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list